Monday, December 23, 2013

PhytoScience Double and Triple Stemcell. Semuanya di sini.

Assalamualaikum.

Anda pernah dengar tentang PhytoScience Double Stemcell ? 


PHYTO SCIENCE DOUBLE stemcell™ merupakan kombinasi sel-sel tumbuhan daripada teknologi Swiss – PhytoCellTec™ MalusDomestica (sel stem Epal)dan PhytoCellTec™ Solar Vitis (sel stem anggur) diperkayakan dengan Acai Berry dan Blueberry untuk memelihara kulit anda dari dalam dan memberi hasil yang signifikan.
Produk ini berasal dari Mibelle Biochemistry, Switzerland dan sedang tersebar luas ke negara Thai, Indonesia, Hong Kong,Singapura, Brunei, China dan termasuk Malaysia.
FUNGSI UTAMA DS ini adalah untuk merangsang penjanaan sel-sel baharu dalam badan dengan lebih optimum bagi MEMULIH dan MENGGANTIKAN SEL-SEL YANG TELAH ROSAK & MATI dalam badan serta pada kulit wajah untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan selain BERUPAYA MENGATASI, MERAWAT dan MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT SELAIN MAUT.
Double Stemcell ini akan mengaktifkan semula sel-sel pada seluruh tubuh agar sentiasa cergas dan bertenaga. Ia amat sesuai untuk diamalkan oleh lelaki dan juga perempuan zaman sekarang.





Info yang anda perlu tahu tentang DOUBLE STEMCELL


1. Produk Double Stemcell ni telah dipatenkan di US.

2. Produk ini di daftarkan denagn SGS. SGS ialah satu pihak bebas bertempat di Singapura.  Bukan
lah satu perkara yang mudah untuk mendapat kelulusan dari SGS ye.. produk perlu melalui banyak ujian ujian rapi sebelum diluluskan.

Petikan dari www.sgs.sg : At SGS, we provide independent services that touch the lives of millions of people across the globe. We provide you with industry leading inspection, verification, testing and certification services – anywhere in the world.

When it comes to the products and services you produce or purchase, their quality, safety and compliance is vital. Whatever your industry, wherever your operations, we deliver essential information – when you need to be sure.


3. SIRIM : Badan pemiawaian terulung Malaysia. Kelulusan hanya diperolehi selepas ujian ujian rapi terhadap barangan lulus.

4 & 5. 100% vegetarian.

6. HALAL MALAYSIA.

7. Syarikat mempunyai product liability Insurance sebanyak RM 3 juta dengan MSIG (Mitsui Sumitomo Insurance Company) salh satu syarikat insurans terbesar di dunia.

8. Berdaftar dengan KKM (KKM-163/S/25 Jld.214)

9. KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL:

A. Stem Cell Apple - Fungsi : Penghasilan Sel Baru, Antioksidan yang tinggi, Melindungi Pertumbuhan Semula sel Kulit, Pemulihan Luka
B. Stem Cell Anggur - Fungsi : Anti Penuaan, Perlindungan Dari UV, Meningkatkan kekuatan Sel Kulit
C. Ekstrak Acaiberry - Fungsi : Meningkatkan Metabilosma, Mengurangkan Berat Badan, Memperbaiki aliran darah, Menguatkan Jantung, Membekalkan Tenaga, Vitamin A, B1 & E
D. Ekstrak Blue berry - Fungsi : Vitamin A, C, E, K, Anti oksidan yang tinggi, Singkirkan Toksin & Radikal Bebas, Mengurangkan lemak & Kolestrol, Meningkatkan Sistem Imunisasi Badan, Membekalkan Tenaga.
 
3 PRODUK UTAMA DARI IPHYTOSCIENCE ANDA HARUS TAHU :

1. PhytoCell Double Stemcell (14 Sachets)
  • PhytoCellTec Malus Domestica(Apple Stem Cell)
  • PhytoCellTec Solar Vitis (Grape Stem Cell)


 2. Triple Stemcell Miracle Intense Essence (Spray)
  • PhytoCellTec Malus Domestica (Apple Stem Cell)
  • PhytoCellTec Solar Vitis (Grape Stem Cell)
  • PhytoCellTec Argan (Morocco Argan Fruit)






3. Triple Stemcell Shine Stem (Serum) - TERBARU!
  

Kesan Perubahan Serta Merta Triple Stemcell Shine Stem (SS Cream)
  • Pertumbuhan semula kulit lapisan dalaman dipatenkan
  • Kesan solekan dapat bertahan lama sepanjang hari
  • Penyelarasan warna kulit secara automatik
  • Melindungi kulit daripada kerosakan sinaran matahari
  • Isolasi daripada tembusan sinaran UV
  • Kelembapan antioksida semulajadi
  • Membentuk semula kontur muka yang kukuh
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
  • Mengurangkan dan mencegah penyebaran melanoma dan bintik-bintik hitam
  • Mencapai kesan solek tawar yang semulajadi
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Lapisan perlindungan yang tembus udara
  • Kesan pelembap
  • Formula unik yang kalis air dan anti-peluh
  • Tidak melekat dan tidak berminyak
  • Tidak Mengandungi bahan silikon dan tidak akan menyebabkan liang kulit tersumbat
  • Kosong sifar bebanan bagi kulit
Berikut adalah antara testimoni yang telah berjaya dilakukan hasil dari produk ini :)











Pelbagai lagi testimoni yang telah berjaya keberkesanannya.


Membantu merawat dan menyembuhkan; Kencing manis, Kanser, Darah Tinggi, Gout, Kolestrol Tinggi, Buasir, Lutut & Pinggang, Resdung, Fibroid, Eczema, Insomnia, Penglihatan.

Kesan penggunaan produk ini dalam kehidupan:
- Kecantikan terserlah di samping mempunyai kesihatan yang optimum
- Membina kecergasan tubuh badan serta bertenaga
- Dapat menjalankan aktiviti dan ibadah dengan bersungguh-sungguh
- Meningkatan tahap keyakinan dalam diri
- Mengubah taraf kehidupan yang lebih baik dan sihat
 
Anda BERMINAT? Nak order? Jangan segan silu pm/whatsapp saya, Nabila 014-2373865 untuk info lanjut :) 
Anda bukan sekadar mendapat KESIHATAN YANG OPTIMUM sahaja, tetapi dengan menjadi ahli IPHYTOSCIENCE juga, anda akan dapat MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN walaupun dari rumah. Side income ini boleh dijana oleh pelajar-pelajar IPTA/IPTS, surirumah, mahupun yang tidak bekerja.

"Kita hanya berdoa dan berusaha, tetapi kuasa Tuhan yang menyembuhkannya"

 


Sunday, December 8, 2013

Disember bukan penghujung.

Assalamualaikum. Dah lama tak menjengah ke blog ni. kan kan? 
asssshhhumm! *gosok2 hidung* dah hampir 3 bulan blog ni terbengkalai. No update. no latest news. Penuh habuk ada la~ Kalau kira-kira 3 bulan tu sekejap ja. Kedip-kedip mata, masa berlalu macam derasnya aiyak (Selangor cakap air), kalau dicincang takkan putus. Bila dah masuk ke penghujung bulan ni, alamak! tak lama lagi diri ini akan masuk ke zaman 20an. 20 hari saja lagi! Time comes faster. Very fast. :')

Alhamdulillah, dah masuk sem ke4 utk tahun kedua. Genap sudah 2 minggu. Mudah2an kita yg berjuang dengan ilmu ni berjaya dapat menamatkan hingga ke penghabisan. Tamatnya suatu pembelajaran di kolej/u tak bermakna pencarian ilmu akan tamat di situ. Banyak lagi cara untuk kita dapatkan ilmu kan?.  Cara apa? haa cari la sendiri :P  Bak kata pepatah, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. dalam negara pun tak lepas lagi nak pi China. Maksudnya, ilmu yang sangat meluas tu perlu kita teroka sejauh mana pun. Ada faham?? Perlis ni pun dah kira jauh la kan? hihi. Biar kita ajar diri kita untuk belajar, lillahi Taala, bukan sekadar untuk dapatkan pekerjaan semata-mata. Insya Allah, Bella masih belajar untuk memperbaiki diri. :')

Bila dikenang semula, tak payah nak kenang sangat la kannn banyak giler rupanya masa yang kita dah bazirkan dengan perkara tak berfaedah. Well, lumrahlah kan? manusia mana yang tak pernah leka, lalai, alpa..... TAPI kalau selalu buat bukan ke akan jadi tabiat dan tabiaattt yang melalaikan? hurm, nampak remeh tapi kita tak pernah nak perasan. Acane tu? >.<

We still need more efforts and efforts to improve ourselves...
First, kita kena fikir positif dan positif..
Second, bila buat kerja, kerja sungguh-sungguh. Bila kita main, main sungguh-sungguh. (ayat yg selalu kami guna dalam Komander :)
Third, tegas dan berdisiplin. Melawak, melawak jugak. Bila tengah serius jangan nak main-main! :D
Forth, seimbangkan perkara duniawi dan ukhrawi. Enjoy, enjoy jugak. Ilmu akhirat jangan dilupa.
Fifth, apa yang kita lakukan tu biarlah kerana Allah. Biar terpaksa, lama-lama akan terbiasa. Bila terbiasa akan jadi ikhlas.
Sixth, respect each other. What you give, you get back. Jangan ingat yang muda je perlu hormat yang tua, tapi jadi juga sebaliknya. Baru hati tenang dan damai...
Seventh, lupakan perkara yang lepas, perkara yang mungkin telah mengecewakan hati kita.
Eighth, selepas berusaha, berdoa dan bertawakkal. Sentiasa ingat Allah. Semoga dengan izinNya, kita dipermudahkan jalan. Amin.........

Bila lama tak update, berjela-jela la post kali ni. Muhasabah diri ni penting sebenarnya. Kalau tiba-tiba jadi hilang arah tuju, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada diri kita. Memang susah nak jadi sempurna kerana kita ni manusia yang banyak kelemahannya. Banyak sangat kena perbaiki. Insha Allah, usaha dan terus berusaha....Disember, bukanlah bulan yang penghujung buat kita untuk teruskan perjuangan. Caiyokk! :)

Readers, i'm just sharing, maaf kalau ada terkasar bahasa.

Wallahu a'lam.



Tuesday, September 24, 2013

Satukan semula hatimu...


...yang telah remuk dan serahkannya kepada yang Ilahi :)


 


Patah hati? cantumkan semula okay. :)
Berikan kembali semangat yang telah hilang menenggelami hari-harimu dengan kepedihan, kesayuan, kekesalan dan kecelaruan.
Jadikan hari ini satu sejarah yang esoknya tidak lagi berulang.
Jadikan hari esok hari yang lebih baik daripada hari ini.
Walau hati retak seribu, atasi dengan berjuta langkah.
Allah setia bersama kita. Allah setia menemani.
Walau betapa banyak dosa kita padaNya, 
DIA tetap mahu mendengar dan mengampun.

"Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang sentiasa mengingatiMu di kala susah dan senang, permudahkan segala urusan kami untuk mengerjakan segala ibadahMu, jauhkanlah diri kami dari segala yang mungkar, berkatilah ilmu yang kami pelajari dan berikanlah ketenangan jiwa ini dengan memperingatiMu untuk terus berbakti kepada agamaMu... "



Sunday, May 19, 2013

THANK YOU ALLAH : Maher Zain

 
 
Lets say Thank You and Alhamdulillah :)
 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah
الحمد لله

Piring Astro vs Kiblat.

Assalamualaikum..

nak share sikit, actually rumah Bella tadak Astro pun (haha..maklumlah tak cukup bajet nk bayar) tapi berminat sangat la nak tahu. Ramai kata Astro yang ada 'piring para bola' tu menghadap Kaabah ye? Bukan orang je setakat cakap-cakap tapi memang ada kajian mengsahihkannya. Mekah adalah pusat Bumi dan magnetiknya adalah sifar. Jadi mudah untuk piring itu menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. klik sumber untuk lebih lanjut :)

  

Tapi agak kurang jelas la bila ada yang kata pulak piring Astro kat rumah mereka tak menghadap kiblat...haaa..macam mana tu? pelik bin ajaib. ha, tengok respon mereka kat bawah ni, ini berdasarkan blog-walking i lah. 





macam-macam pendapat kan? Ada juga yang Bella terbaca bila seseorang tu mencari arah kiblat untuk solat di sesuatu tempat persinggahan atau di tempat baharu, dia melihat di mana piring astro itu menghadap. Bagi Bella sendiri, tak boleh la macam tu kan? Bila dah macam-macam pendapat orang tentang piring Astro ni menghadap kiblat, tapi ada pula yang menafikannya, tak ke akidah kita dah terpesong kat situ? Dari situ timbul pula rasa was-was untuk solat dan sebagainya. Kita kan nak sembah Allah, kenalah yakin arah di mana kita menghadap. Tak mengapa kalau Astro tu menghadap kiblat tapi ada cara lain yang yakin untuk menentukan kiblat yang sebenar:

1) ukur menggunakan kompas (boleh guna semasa kem)
2) melihat arah matahari jatuh sebelah barat, 
3) tak pun boleh guna kaedah Internet;

Mudah kan? sekadar perkongsian. Selamat beramal :)



Friday, May 17, 2013

Kahwin Muda?




*gambar sekadar hiasan*

Kahwin muda? secara puratanya dalam lingkungan belasan tahun hingga 21 tahun. Siapa yang nak angkat tangan sikit ! *hee :D

Haaa...sapa yang dah mendirikan masjid tu tahniah ye, semoga berkekalan hingga ke Jannah. Amiin..

Berbalik pada topik lah kan agak-agak kan apa pendapat parents korang bila korang tanya "mama, kalau anak mama ni kawin awal ok tak?" 
"hai, dah ada calon ke?" 
"eh, takdelah, tanya je...hehe"

But sesetengah parents akan setuju sebab ... banyak faktor.

1) untuk elak anak mereka berZINA atau hasilkan anak luar nikah (cucu haram la katanya).
2) anak mereka ditangkap khalwat. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
3) anak dah ter-mengandung macam watak EL dalam Setia Hujung Nyawa. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
4) nak tengok anak mereka bahagia dengan BF@GF yang sedia ada / pilihan mereka. (hohoho..dah ada ke?)
5) dah tak sanggup nak tengok anak berkepit siang malam. (wowww ! -_- )
6) atau mereka memang dah tak sabar nak timang cucu (anak sulunglah katakan)
7) atau faktor-faktor lain yang tersembunyi. -..-'

Dan..ada jugak yang tak berapa nak setuju atau memang betul-betul tak setuju. ( kata mak, "haa nak kawin muda? langkah mayat aku dulu...!!" )
Apa sebabnya??

1) "Nak..habiskan belajar dulu, kawin tu dah habis belajar pun boleh.."
2) "Kau ni muda-muda lagi dah fikir nak berlaki !!"
3) "Kau ingat kau dah matang sangat ke nak kawin muda ni hah?"
4) "Oh, dah banyak ke duit lelaki tu nak tanggung kau nanti? Mak taknak anak mak ni nanti makan nasi lauk ikan bilis je hari-hari..."
5) "Tak payah dulu lah nak..usia muda ni kena enjoy dulu puas-puas. Nanti dah berlaki susah nak bebas dah."
6) "Duit kau dah banyak ke nak bagi anak bini kau makan nanti?"
7) "Sejak bila mak ajar kau muda-muda lagi dah pandai bercinta sana-sini?Belajar dulu, lepastu kerja.. Mak nak tengok kau berjaya. Ingat sikit pasal mak ni, siang malam membesarkan kau, nak.."

Haaa..agaknya apa pulak respon parents you'all?
Macam Bella, mak suruh habiskan belajar dulu, lepastu kerja..haa barulah boleh kahwin..hihi :)

TAPI TAPI apa yang pasti dan TERPENTING !, biarlah pernikahan/perkahwinan itu seiring dengan niat untuk mendapatkan barakahNYA bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Dan semestinya mendapat restu kedua orang tua kita yang masih hidup... Insha ALLAH.



JAGA HATI, IMAN KITA


Alhamdulillah..buat masa sekarang ni, semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan hingga keakhirnya okay. Kami dah puas bergaduh, merajuk, so sekarang ni kami nak jalani hari-hari mendatang dengan ceria dan bahagia. Aku tak boleh nak pentingkan diri lagi, aku dah banyak lukakan hati dia, semua yang aku buat selama ni semata-mata ingin melihat sejauh mana ketulusan hatinya terhadap aku. Aku bukan mudah untuk mempercayai seseorang lelaki tu, dan kini aku dapat meneroka hatinya hampir 100%. Kesian dia, sekarang kesihatan dia merisaukan aku, dia tak boleh penat sangat, nanti akan sesak nafas. 

Aku dah cerita pada dia, apa yang aku betul-betul tak suka. Bila keluar sama, aku akan pastikan perkara itu takkan berlaku. dan dia tahu dan dah faham. Kita masih mahu mejaga batas-batas pergaulan kita supaya orang tak pandang serong pada kita kan? Kita masih berdiri pada agama kita. Tak semestinya kalau bercinta ‘benda’ macam tuu wajib kita buat kan? dan dia pun dah tahu, so aku harap lepas ni takkan timbul lagi isu remeh-temeh yang menyakitkan hati lagi :) Insya Allah, mudah-mudahan iman kita terpelihara..

Aku amat sayangkan dia, aku amat mencintai dia. Ya Allah..kuatkanlah hubungan kami. Sekiranya dia bakal menjadi pemimpin dan pelindungku, kuatkanlah ikatan kami. Kuatkanlah hati kami menempuh segala dugaan dan ujian daripadaMU, KAU satu-satuNYa Maha Mengetahui dan Maha Kuasa dalam menentukan segala-galanya.

Wednesday, May 15, 2013

Kemusykilan agama : Ustaz Azhar Idrus

Dijawab oleh : Ustaz Azhar Idrus

1) Salam berlapik

Q: Apa hukumnya perempuan bersalaman dengan lelaki secara berlapik iaitu dengan memakai sarung tangan? Pengetua di sekolah saya selalu berbuat demikian terutamanya dalam majlis-majlis rasmi.

A: Menurut pandangan kebanyakan ulama, tetap tidak boleh perempuan bersalaman dengan lelaki ajnabi biarpun dengan bersarung tangan. Ini kerana walaupun bersarung tangan, kita masih dapat merasai jisim atau bentuk bahagian badannya. Pendapat ini tidak menjadi ijmak. Namun kita mengajarkan pandangan muktamad iaitu tetap tidak boleh. Namun dalam keadaaan darurat atau hendak menolak mudarat yang lebih besar, ada pandangan yang membenarkan bersalaman dengan bersarung tangan. Jadi boleh hanya ketika kesulitan dan sangat-sangat perlu sahaja. Apa yang berlaku sekarang dalam keadaan biasa pun orang bersalam begitu sahaja. Antara alasannya sebab orang yang disalami itu pemimpin besar. siapa yang lebih tinggi pangkat daripada Rasulullah? dalam kitab Syarah Fiqh al-Akbar disebut: "Sesiapa yang berpendapat mana-mana pemimpin itu lebih tinggi daripada Rasulullah, dia jatuh murtad!". Pemimpin tertinggi ialah Rasulullah. Pun begitu, dalam peristiwa baiah Nabi tidak bersalaman pun dengan kaum wanita.

2) Aurat Ibu dan anak lelaki

Q: Apakah aurat ibu dengan anak lelakinya?

A: Berkenaan aurat lelaki dengan emak, Allah SWT berfirman mafhumnya: "Diharamkan bagi kamu ibu-ibu kamu sendiri." Maknaya emak kita adalah mahram kita. Jadi antara emak dan kita, yang wajib hanya pakai kain dari pinggang sampai lutut. Bahagian perut hingga ke atas, kita tidak haram untuk melihatnya dan dia tidak haram untuk menunjukkannya. Kita dahulu pun menyusu dengannya. Yang tidak bolehnya, emak pakai kain tuala nampak peha dan diilihat oleh lelaki lain. Begitu juga anak lelaki hanya berseluar dalam di hadapan emak. Ayah juga tidak boleh hanya berseluar dalam di dalam rumah dan berjalan di hadapan anak. Hukumnya haram. Yang boleh, suami pakai seluar dalam di hadapan isteri sahaja.

3) Bermenantukan orang yang tidak solat

Q: Apa hukum orang yang mengahwinkan anaknya dengan orang yang tidak solat?

A: Orang sekarang ini ada tidak yang bertanya kepada orang yang hendak mengahwini anaknya tentang solat? Tidak ada! Asalkan nampak pakai kereta, beres. Kerja makan gaji, beres. Kerja apa? Kerja bank, bolehlah. Dengar dia kerja bank sahaja boleh terus. Siasat dulu, dia solat ke tidak? Pergi siasat di tempat dia bekerja, dia solat atau tidak? Tanya kawan-kawannya, dia berjudi atau tidak? Dia minum arak atau tidak? Sebabnya kita hendak buat menantu. Haram buat menantu orang yang tidak solat walaupun nikah itu sah. Ini kerana anak perempuan itu amanah Allah. Kita kena jaga betul-betul. Jangan jadi rosak dan kotor. Adakah layak anak dara kita yang kita bela dari kecil sampai besar akhirnya kita bagi dia tidur dengan orang yang tidak solat? Dia pula kena taat dengan suami yang fasik. Tidak betul punya ayah. Macam tidak sayang anak! Wallahu a'lam.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 p/s: Segala persoalan dan jawapan diambil terus-menerus dari majalah al-Ustaz buat perkongsian umum. Harap ia menjadi rujukan buat semua serta penulis sendiri. Insya ALLAH.

Tuesday, May 14, 2013

Kemusykilan agama : Imam Yahya

Dijawab Oleh : Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawi

1) Makan minum sambil berdiri

Q: Apakah makruh makan dan minum sambil berdiri? Bagaimana menjawab hadis-hadis yang melarangnya?

A: Minum sambil berdiri hukumnya makruh, tidak haram. Adapun makan sambil berdiri, maka jika ada hajat, hukumnya harus. Jika tanpa hajat, maka hukumnya khilaf afdal (menyalahi yang lebih utama) , tidak boleh dikatakan makruh. Ini kerana sabit dalam riwayat Ibn Umar bahawa mereka (para sahabat nabi) pernah melalakukannya. Ini lebih utama dibandingkan riwayat Sahih Muslim daripada Anas yang memakruhkannya. 
Adapun minum berdiri, dalam Sahih Muslim melarangnya, namun dalam Sahih al-Bukhari dan selainnya ada hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi melakukannya. Maka hadis-hadis larangan menunjukkan hukum makruh tanzih, dan hadis-hadis perbuatan nabi menunjukkan tidak haram.

2) Syaitan tumpang makan

Q: Adakah syaitan memakan dan meminum daripada makanan atau minuman manusia?

A: Ya, ia makan dan minum daripada makanan manusia. Wallahu a'lam.

3) Makan sikit-sikit

Q: Betulkah bahawa Nabi SAW menyuruh untuk memperkecil suapan dan memperhalus kunyahan? Adakah perkara itu disunatkan?

A: Tidak sahih riwayat tersebut. Namun perkara itu sunat jika diniatkan untuk membuat ikhsan dan mengajar adab atau makanan sedikit dan dia sebenarnya sudah kenyang namun jika dia tidak makan, maka orang lain juga enggan makan. Atau niat-niat lain yang baik.

4) Sunat basuh tangan

Q: Sebahagian ahli adab mengatakan bahawa disunatkan membasuh tangan sebelum makan dimulakan dengan membasuh tangan anak-anak muda dan kanak-kanak terlebih dahulu sebelum orang tua. Adapun selepas makan, maka dimulakan dengan orang tua terlebih dahulu. Ia juga berkata, disunatkan mengusap dengan sapu tangan setelah selesai makan. Dan tidak disunatkan sebelum makan. Apakah hikmah adab tersebut sekiranya benar?

A: Mendahulukan membasuhh tangan anak-anak muda dan kanak-kanak sebelum makan, asasnya tangan mereka biasanya lebih kotor akibat tidak menjaga diri daripada kotoran. Itu sebabnya tangan mereka lebih dahulu perlu dibasuh. Dalam kes air yang sedikit, maka tidak membasuh tangan orang tua lebih sedikit mafsadahnya. Adapun mendahulukan tangan orang tua untuk dibasuh selepas makan, tujuannya untuk menghormati mereka, lagipun tiada lagi keperluan yang telah disebut tadi. Adapun tidak mengusap tangan dengan sapu tangan sebelum makan, asasnya kerana dikhuatiri ada kotoran atau sesuatu yang menggelikan dalam sapu tangan tersebut. Perkara ini berbeza dengan selepas makan. Wallahu a'lam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 p/s: Segala persoalan dan jawapan diambil terus-menerus dari majalah al-Ustaz buat perkongsian umum. Harap ia menjadi rujukan buat semua serta penulis sendiri. Insya ALLAH.

MOM, she is like a diamond :)

Happy Mother's Day. Selamat Hari Ibu.

Especially to my dearest mother, HAMUDAH BINTI ARJAN, let you to know that..

You are my EVERYTHING
You are like a diamond that is shining me EVERYDAY
You are the best teacher in the world FOREVER.

I will always appreciate your kindness, sacrifices and the whole things of MAHMUDAH are really inside of you.
I am very thankful to ALLAH SWT to give this diamond (means you, MOM) in my life.
ALHAMDULILLAH.
May ALLAH bless you ALWAYS and FOREVER...MOM.
Thanks a lot to guides me to be a better PERSON. 

YOU are NEVER DIE in my HEART . LOVE YOU MORE.

Friday, May 3, 2013

MALAM PERTAMA

Assalamualaikum..  :)

*haha topik nak gempak*
Alhamdulillah, cuti semester selama sebulan lebih ni mungkin kebosanan yang melanda ni akan berkurangan. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa saya. Saya dapat kerja, walaupun sekadar part-time, kira beruntung sebab rezeki yang datang ni tak disangka-sangka. DIA memberi rezeki itu melalui majikan lama saya tempat saya bekerja sebelum sambung belajar. Takpelah, walaupun kerja malam, takdelah penat sangat. Kerja di kedai kasut sebagai promoter dan penjual, jaga sorang je kedai tu :) Sebelah siang memang dah ada orang yang jaga, so amik malam je la. Takkan nak buat full time pulak dari pagi, nak halau budak tu, ehhh mentang-mentanglah aku pernah kerja kat situ setahun lebih, kira nak tutup periuk nasi orang la pulak kan. Ish, tak patut tak patut.. *shuhh shuhhh jauh la..

Alhamdulillah, malam ni malam pertama saya :) *jgn pikiaq laen pulak!
Malam bekerja ^___^ nak duit cari sendiri la, baru puas :)

Sunday, April 28, 2013

Semester Break? What should I do?


Semester break is coming! 
But I don't know what must I do. Huhu
I want to work, but mom didn't agree.
I want to cook, she just make angry face.
I want to help her at the shop, also that kind.
What should I do?
Everything I want, it is not easily to get.
It is not as simply as ABC.
Selalu kena marah ada laaa...
I want to be like other teenagers outside there.
They are going to work, even for making a part time job, have owned money, 
anything to buy no need to use our parent's money.
I can to be independent of myself.
I want to search new experience in various of career.
Where's my right??
I dont want to be pampered everyday,
goyang kaki ,
reading novels and online...
I need the meaning of life, the real life,
in happy family :-(

kan best kalau dapat masuk pertandingan kawad kaki tu, mesti tak bosan macam ni T_T

Album ke-3





 Assalamualaikum.
Semalam pi majlis nikah anak kawan mak, alang-alang dah mai Shah Alam, terus pi Plaza Alam Sentral.
tahu dok apa yang cek dapat?
haaaa...

 album ke-3 FT yang berjudul "Faizal Tahir"
memuatkan 10 buah lagu,
Vortex, Bintang, Biar, Selalu, 7, Halusinasi, Permaisuri, Buta, Mati, Antigraviti.
Release pada 1 April yang lalu.
Tunggu cuti sem ni baru dapat :) 
awesome kannn??
Alhamdulillah !!



Sunday, April 21, 2013

Dikir Barat Mandarin


 Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Dikir Barat Mandarin 2013 malam tadi (20 April  2013). Gamat sungguh suasana yang dihadiri tetamu jemputan dari Sekolah Menengah Sains Perlis, Universiti Utara Malaysia, kontinjen-kontinjen dari UiTM Melaka, Kedah dan Terengganu serta para hakim. Perlis sebagai tuan rumah juga tak terkecuali. Rektor UiTM Perlis, Prof. Dato' Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pertandingan ini disertai seramai 5 kumpulan dari 4 buah negeri. Perlis, Kedah A, Kedah B, Melaka dan Terengganu. Keseluruhannya, kumpulan Kedah B berjaya merangkul sebagai Johan bagi pertandingan ini dan meraih piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 500. Naib Johan dimenangi oleh kumpulan dari UiTM Perlis dan tempat ketiga UiTM Terengganu. Kumpulan dari UiTM Melaka dan kumpulan Kedah A masing-masing menerima saguhati.

Kami para urusetia juga tidak melepaskan peluang menyajikan persembahan selingan bagi menghiburkan audiens sementara para hakim membuat penilaian dengan menyanyikan lagu berjudul Tong Hua bersama rakan-rakan; Shafie, Syaza, Hafiz, Farah, Akmal, Nazihah, Syafiq, Yana dan Nadzri :)








haaa....sebelum tu, dan lagi tu pi pekena aiskrim kt Yogking, Arau :) so yummyyyy! Meh la mai Arau :D


Wednesday, April 17, 2013

Arau, ku masih di sini.

Assalamualaikum to all readers..
你好 和 午安 :)
nǐ hǎo hé wu an
hello and good evening.

Alhamdulillah, hujan di tengah hari.. 


 mandi pun dak lagi ni. Sejuk gila kot. Kolej dah sunyi, seronok la ampa dah balik ngumah dah. Tapi ada gak yang pi kursus OC di Perak, khamis ni depa dah mai sini balik.
takpa, berapa hari ja lagi ni. Jumaat sampai ahad ni ada pertandingan dikir barat bahasa mandarin antara kampus. Kampus yang terlibat, Terengganu, Penang, Kedah, Perlis dan Melaka. Insya Allah, ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pun akan turut serta memeriahkan majlis ini. Tak sabarnya!

Then...ahad malam dah boleh balik! Yess!



truely missing.



When a senior meets her juniors :)
Kak Wanie and Qyla. They are my awesome roommates in Kesinai 3, room I223. Kak Wanie or full name Nurhazwani 'Izzati binti Ahmad (please double check your name's spelling..hihi) from Batch 41, my lovely senior Quantitative Science part 6 and Qyla or Aqilah binti Suyada from my batch, Batch 44 Quantitative Science too! 
**so I'm the only BANKERS there :D . 
I love both of them sooo much. Thanks for you, sis. You are always understand me and be a good listener :) For Qyla, a prettiest girl in our batch, heeee...thanks for accept me as your roommate even at first we are not knowing each other enough. Thanks for wake me up almost everyday morning :)

 谢谢 xiexie!!




Dialah segalanya.

Ya Allah, dari sehari ke sehari ku meniti waktu menghadapi kehidupan serba mencabar ini akhirnya semester kedua berada di penghujung. Mungkin tatkala kita menggunakan setiap masa yang ada kita tak sedar betapa pantasnya Dia memutarkan masa. Adakalanya kita alpa dan leka dengan keindahan dunia , maka luput jua seketika ingatan kita kepada Nya. 

Kadangkala aku berfikir sejenak..
Adakah segala yang aku lakukan di dunia ini diredhai oleh Mu? 
Adakah segala tanggungjawab yang diberikan aku dapat melaksanakan dengan sempurna? 
Adakah dosa-dosa yang ku galas ini diampunkan oleh Mu? 

Betapa beratnya tanggungjawab itu sebagai khalifah di bumi Allah ini. Sekian lama aku di negeri orang, banyak mengajar aku erti kehidupan yang penuh pancaroba. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
Setiap perbuatan kita ada batasnya. 
Setiap percakapan kita ada tapisnya. 

Banyaknya kekurangan diri ini yang harus ku ubah. Keyakinan dan kepercayaan harus ada dalam diri. 

Kekuatan itu dari segumpal semangat. 
Semangat itu lahir dari secetus keyakinan.
Keyakinan pula datangnya dari kepercayaan dalam diri yang memintas segala-galanya...

Ya Allah, terima kasih atas segala peluang yang Kau berikan untuk ku menggapai bintang itu di bumi Arau ini. Kaulah segalanya buat diriku..

Monday, January 28, 2013

Permulaan yang baru.

Ketawa bersama menonton sitkom, 
Assalamualaikum !

Sekian lamanya menyepikan diri buat seketika, 2 bulan kemudian.....
    .  .   .   .   .   .   .  .   .  .   .   .   .

masa berputar dengan pantas sekali. Alhamdulillah, masuk semester kedua dengan semangat yang baharu, azam yang baharu dan wajah baharu ! Baku giler kan? hehehe. Ternyata banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi. Selagi kita hidup di dunia ni, makin besar tanggungjawab dan makin bertambah usia kita, sepatutnya kita akan jadi lebih matang dalam setiap perkara. Nampaknya Bella dah masuk angka 2 kalau diikutkan dalam tahun 2013. Masuknya ke alam dewasa tak lama lagi dan dah boleh kahwin lah kan? ;) 
krikk krikk krikk kriikkkk !

Semester yang baru ni boleh dikatakan lebih mencabar berbanding semester lepas sebagai pelajar yang baru berjinak-jinak dengan cara hidup sebagai komander. Kita dapat merasakan perubahan dalam diri, lebih berkeyakinan, aktif dan dari sini dapat juga belajar untuk membahagikan masa dengan baik. Mungkin dari sem lepas, kita kurang aktif dalam sukan dan senaman, tapi kali ni akan menjadi sebaliknya. Badan kita memerlukan tenaga sepanjang masa dan sukan sangat penting untuk membina ketahanan badan dan menjadi seorang yang lebih kuat ! :)

Cukup setakat di sini saja coretan sebagai intro tahun baru. Hehe. Masa untuk ke kelas ! 


"Sesungguhnya, Yakinlah.., Allah tidak memandang kejayaan kita, tetapi Allah melihat kepada usaha kita. 
Allah tidak akan tanya apa kejayaan yang sudah kita kecapi, tetapi usaha apa yang sudah kita lakukan.."






My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)