Assalamualaikum. Dah lama tak menjengah ke blog ni. kan kan?
asssshhhumm! *gosok2 hidung* dah hampir 3 bulan blog ni terbengkalai. No update. no latest news. Penuh habuk ada la~ Kalau kira-kira 3 bulan tu sekejap ja. Kedip-kedip mata, masa berlalu macam derasnya aiyak (Selangor cakap air), kalau dicincang takkan putus. Bila dah masuk ke penghujung bulan ni, alamak! tak lama lagi diri ini akan masuk ke zaman 20an. 20 hari saja lagi! Time comes faster. Very fast. :')
Alhamdulillah, dah masuk sem ke4 utk tahun kedua. Genap sudah 2 minggu. Mudah2an kita yg berjuang dengan ilmu ni berjaya dapat menamatkan hingga ke penghabisan. Tamatnya suatu pembelajaran di kolej/u tak bermakna pencarian ilmu akan tamat di situ. Banyak lagi cara untuk kita dapatkan ilmu kan?. Cara apa? haa cari la sendiri :P Bak kata pepatah, tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. dalam negara pun tak lepas lagi nak pi China. Maksudnya, ilmu yang sangat meluas tu perlu kita teroka sejauh mana pun. Ada faham?? Perlis ni pun dah kira jauh la kan? hihi. Biar kita ajar diri kita untuk belajar, lillahi Taala, bukan sekadar untuk dapatkan pekerjaan semata-mata. Insya Allah, Bella masih belajar untuk memperbaiki diri. :')
Bila dikenang semula, tak payah nak kenang sangat la kannn banyak giler rupanya masa yang kita dah bazirkan dengan perkara tak berfaedah. Well, lumrahlah kan? manusia mana yang tak pernah leka, lalai, alpa..... TAPI kalau selalu buat bukan ke akan jadi tabiat dan tabiaattt yang melalaikan? hurm, nampak remeh tapi kita tak pernah nak perasan. Acane tu? >.<
We still need more efforts and efforts to improve ourselves...
First, kita kena fikir positif dan positif..
Second, bila buat kerja, kerja sungguh-sungguh. Bila kita main, main sungguh-sungguh. (ayat yg selalu kami guna dalam Komander :)
Third, tegas dan berdisiplin. Melawak, melawak jugak. Bila tengah serius jangan nak main-main! :D
Forth, seimbangkan perkara duniawi dan ukhrawi. Enjoy, enjoy jugak. Ilmu akhirat jangan dilupa.
Fifth, apa yang kita lakukan tu biarlah kerana Allah. Biar terpaksa, lama-lama akan terbiasa. Bila terbiasa akan jadi ikhlas.
Sixth, respect each other.
What you give, you get back. Jangan ingat yang muda je perlu hormat yang
tua, tapi jadi juga sebaliknya. Baru hati tenang dan damai...
Seventh, lupakan perkara yang lepas, perkara yang mungkin telah mengecewakan hati kita.
Eighth, selepas berusaha, berdoa dan bertawakkal. Sentiasa ingat Allah. Semoga dengan izinNya, kita dipermudahkan jalan. Amin.........
Bila lama tak update, berjela-jela la post kali ni. Muhasabah diri ni penting sebenarnya. Kalau tiba-tiba jadi hilang arah tuju, mungkin ada sesuatu yang tak kena pada diri kita. Memang susah nak jadi sempurna kerana kita ni manusia yang banyak kelemahannya. Banyak sangat kena perbaiki. Insha Allah, usaha dan terus berusaha....Disember, bukanlah bulan yang penghujung buat kita untuk teruskan perjuangan. Caiyokk! :)
Readers, i'm just sharing, maaf kalau ada terkasar bahasa.
No comments:
Post a Comment