Monday, January 28, 2013

Permulaan yang baru.

Ketawa bersama menonton sitkom, 
Assalamualaikum !

Sekian lamanya menyepikan diri buat seketika, 2 bulan kemudian.....
    .  .   .   .   .   .   .  .   .  .   .   .   .

masa berputar dengan pantas sekali. Alhamdulillah, masuk semester kedua dengan semangat yang baharu, azam yang baharu dan wajah baharu ! Baku giler kan? hehehe. Ternyata banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi. Selagi kita hidup di dunia ni, makin besar tanggungjawab dan makin bertambah usia kita, sepatutnya kita akan jadi lebih matang dalam setiap perkara. Nampaknya Bella dah masuk angka 2 kalau diikutkan dalam tahun 2013. Masuknya ke alam dewasa tak lama lagi dan dah boleh kahwin lah kan? ;) 
krikk krikk krikk kriikkkk !

Semester yang baru ni boleh dikatakan lebih mencabar berbanding semester lepas sebagai pelajar yang baru berjinak-jinak dengan cara hidup sebagai komander. Kita dapat merasakan perubahan dalam diri, lebih berkeyakinan, aktif dan dari sini dapat juga belajar untuk membahagikan masa dengan baik. Mungkin dari sem lepas, kita kurang aktif dalam sukan dan senaman, tapi kali ni akan menjadi sebaliknya. Badan kita memerlukan tenaga sepanjang masa dan sukan sangat penting untuk membina ketahanan badan dan menjadi seorang yang lebih kuat ! :)

Cukup setakat di sini saja coretan sebagai intro tahun baru. Hehe. Masa untuk ke kelas ! 


"Sesungguhnya, Yakinlah.., Allah tidak memandang kejayaan kita, tetapi Allah melihat kepada usaha kita. 
Allah tidak akan tanya apa kejayaan yang sudah kita kecapi, tetapi usaha apa yang sudah kita lakukan.."






My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)