Sunday, April 21, 2013

Dikir Barat Mandarin


 Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Dikir Barat Mandarin 2013 malam tadi (20 April  2013). Gamat sungguh suasana yang dihadiri tetamu jemputan dari Sekolah Menengah Sains Perlis, Universiti Utara Malaysia, kontinjen-kontinjen dari UiTM Melaka, Kedah dan Terengganu serta para hakim. Perlis sebagai tuan rumah juga tak terkecuali. Rektor UiTM Perlis, Prof. Dato' Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pertandingan ini disertai seramai 5 kumpulan dari 4 buah negeri. Perlis, Kedah A, Kedah B, Melaka dan Terengganu. Keseluruhannya, kumpulan Kedah B berjaya merangkul sebagai Johan bagi pertandingan ini dan meraih piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 500. Naib Johan dimenangi oleh kumpulan dari UiTM Perlis dan tempat ketiga UiTM Terengganu. Kumpulan dari UiTM Melaka dan kumpulan Kedah A masing-masing menerima saguhati.

Kami para urusetia juga tidak melepaskan peluang menyajikan persembahan selingan bagi menghiburkan audiens sementara para hakim membuat penilaian dengan menyanyikan lagu berjudul Tong Hua bersama rakan-rakan; Shafie, Syaza, Hafiz, Farah, Akmal, Nazihah, Syafiq, Yana dan Nadzri :)








haaa....sebelum tu, dan lagi tu pi pekena aiskrim kt Yogking, Arau :) so yummyyyy! Meh la mai Arau :D


No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)