Friday, May 17, 2013

JAGA HATI, IMAN KITA


Alhamdulillah..buat masa sekarang ni, semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan hingga keakhirnya okay. Kami dah puas bergaduh, merajuk, so sekarang ni kami nak jalani hari-hari mendatang dengan ceria dan bahagia. Aku tak boleh nak pentingkan diri lagi, aku dah banyak lukakan hati dia, semua yang aku buat selama ni semata-mata ingin melihat sejauh mana ketulusan hatinya terhadap aku. Aku bukan mudah untuk mempercayai seseorang lelaki tu, dan kini aku dapat meneroka hatinya hampir 100%. Kesian dia, sekarang kesihatan dia merisaukan aku, dia tak boleh penat sangat, nanti akan sesak nafas. 

Aku dah cerita pada dia, apa yang aku betul-betul tak suka. Bila keluar sama, aku akan pastikan perkara itu takkan berlaku. dan dia tahu dan dah faham. Kita masih mahu mejaga batas-batas pergaulan kita supaya orang tak pandang serong pada kita kan? Kita masih berdiri pada agama kita. Tak semestinya kalau bercinta ‘benda’ macam tuu wajib kita buat kan? dan dia pun dah tahu, so aku harap lepas ni takkan timbul lagi isu remeh-temeh yang menyakitkan hati lagi :) Insya Allah, mudah-mudahan iman kita terpelihara..

Aku amat sayangkan dia, aku amat mencintai dia. Ya Allah..kuatkanlah hubungan kami. Sekiranya dia bakal menjadi pemimpin dan pelindungku, kuatkanlah ikatan kami. Kuatkanlah hati kami menempuh segala dugaan dan ujian daripadaMU, KAU satu-satuNYa Maha Mengetahui dan Maha Kuasa dalam menentukan segala-galanya.

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)