Friday, October 26, 2012

Salam AidilAdha buat semua.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya, sehingga saat ini kita masih lagi bernafas untuk kita terus beribadah kepada-Nya. Subhanallah. Jadi hari ini 26 Oktober 2012, Jumaat bersamaan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah merupakan hari bersejarah bagi umat Islam seantero dunia bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menyembelih anaknya, Nabi Ismail bagi mencari keredhaan Allah. Sesungguhnya Allah SWT itu sentiasa menguji tahap kesabaran  dan keimanan hambaNya dalam menunaikan suruhanNya seiring dengan godaan-godaan syaitan yang laknatullah. Nauzubillah..

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Klik di SINI (I LUV ISLAM)



Tidak lupa kepada jemaah-jemaah Haji yang menunaikan rukun Islam ke-5, semoga mereka memperoleh haji yang mabrur. insya Allah, Amiin.. :)


p/s: hari ni Bella masak rendang guna dapur kayu. Hihi. memang jimat gas lah. =)
















No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)