Sunday, October 14, 2012

Cinta Zaman Sekarang



Cinta itu terlalu subjektif. Cinta adalah suatu perasaan yang dianugerahkan Tuhan yang tak ternilai harganya malah cinta juga memberi kita kebahagiaan, kegembiraan dan kenikmatan yang tidak mudah diungkapkan dengan kata-kata. Sukar bagi kita mendalami erti cinta yang sebenar-benarnya. 



Namun hakikatnya zaman era globalisasi kini kebanyakan masyarakat menyalahgunakan perasaan itu terutama cinta terhadap manusia. Memang cinta itu indah. Manusia sememangnya layak untuk mencintai dan dicintai. Tapi cinta zaman sekarang semua cinta yang merosakkan. Cinta yang membawa kepada kemudaratan diri sendiri dan merendahkan martabat agama itu sendiri. Cinta nafsu semata-mata. Kenapa semua tak sedar? Kenapa bila dah terjadi baru nak menyesal, baru nak menunding jari kepada orang lain? 





Mungkin bicara ku ini akan membuat orang sakit hati, tapi sampai bila? Tanda-tanda kecil kiamat sudah ternyata, penzinaan makin berleluasa. Serius, bukan nak emo pagi pagi buta ni, tapi bila terbaca alkisah tentang pembuangan bayi di dada-dada akhbar mahupun di alam maya, rasa sebak dan kecewa menggelumang diri. Kasihan pada makhluk Allah yang tak berdosa dicampak dan dibunuh. Di manakah sifat keperimanusiaan itu? Tidak takutkah pada Allah? Sedangkan haiwan lagi menyayangi anaknya. Subhanallah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah sentiasa membuka ruang bagi hambaNya yang ingin bertaubat.



Namun kita sebagai manusia biasa (termasuk saya) yang banyak kekhilafannya hanya mampu berdoa agar iman di dada kita sentiasa kuat bagi menghadapi dugaan dunia yang penuh pancaroba. Tak guna ada kekasih kalau sekadar untuk suka-suka. Biar niat di hati untuk menikahinya dan dalam masa yang sama, lindungi dirinya dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan merendahkan martabat serta harga diri. Biar hina di mata manusia, tetapi MULIA di sisi ALLAH. Insya Allah..

Maafkan segala kelanjuran kata-kata yang mengguris perasaan sesiapa. Tiada niat di hati untuk menghina atau menjatuhkan air muka sesiapa. Manusia punya pendapat masing-masing kan? Anda juga :)

Eh? cinta kalau dipupuk selepas nikah...lagi SWEET kan? =)

sumber: melayukini.net


Assalam..


No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)