Tuesday, October 16, 2012

Kisah cinta lagi ^__^


Assalamualaikum..

Antara pengisian di bawah ini diambil pada satu halaman di Facebook. Menarik untuk dikongsikan..

CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa.

serius, statement ni buat orang takut nak kahwin je kan? -.- tapi memang lumrah kehidupan selepas kahwin ye tak? Amboi. . Macam lah Bella ni pernah mengalaminya kan? Tapi memang benarnya situasi sebegini.. orang-orang tua selalu kata, "mula-mula kahwin memanglah manis, kentut pun wangi.. kalau dah bertahun-tahun..tengoklah.. kita dah lama hidup, tahu lah......"

Amboii.. bab kahwin ni mana boleh buat main-main makcik. Satu doa tu. Kalau niat kita kahwin untuk mendapat keredhaan Allah dan zuriat yang baik, insya Allah bahagia kan? tapi Bella belum jumpa calon yang sesuai.. macam mana ni? Haha. Relax je la..belajar pun belum habis lagi. Kita bersahabat lagi best kan? :)

Macam mana pulak situasi orang bercinta? wah..mesti ada di antara kalian ni bercintan cintun sampai putus cinta kan? Tak payah nak sedih sangat la, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Semua orang ada kebahagiaan masing-masing. Kalau dah takda jodoh dengan orang tu, Insya Allah jodoh kita dengan yang lebih baik kan? Kita tetap bahagia bukan ? Bukan ayat untuk menyedapkan hati, Bella pun pernah mengalaminya..sekadar pendapat dan ia adalah sesuatu yang telah membuka minda Bella. Bila kita rasa chemistry atau keserasian kita makin berkurang dengan seseorang tu mungkin itu jalan yang terbaik daripada terus saling menyalahi dan menyakiti. Kita tak boleh paksa hati kita untuk teruskan. Mungkin Allah telah memberi ruang pada kita untuk mengkaji diri sendiri dan adakah cinta sedemikian yang kita mahukan sebenarnya? 

Dan pada pendapat Bella sendiri, Bella rasa lebih tenang dan selesa dengan kehidupan sebegini. Seriously, Bella rasa something yang lain sangat kalau dibandingkan bercinta dulu. Kita bukan nak menyalahkan pihak lain sebenarnya, ini melibatkan diri sendiri. Macam Bella sendiri, kehidupan single sebenarnya akan mengajak kita untuk lebih dekat kepada Tuhan. Kalau kita sukakan seseorang pun, biarlah kita bersahabat dahulu. Dalam masa yang sama, kita tak hipokrit, dosa tak melayang. Tentang jodoh, biar Allah yang tentukan. Insya Allah, sudah tiba masanya, ON ajelah ;) 



No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)