Sunday, November 25, 2012

LIBK Zon Utara 2012 UiTM Kedah dalam kenangan


4 hari telah berlalu..Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi, segala jerih payah saya bersama rakan seperjuangan yang lain seramai hampir 300 orang dari 5 kampus UiTM cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan negeri Sembilan..akhirnya dengan izin Allah kami dapat bertahan selama 12 hari bagi mengharungi segala cabaran dan rintangan yang seharusnya menjadi tanggungjawab kami untuk dipimpin untuk menjadi pemimpin pada generasi akan datang sebagai seorang Komander Kesatria UiTM. 

Selama 12 hari bermula 10 November hingga 21 November 2012, kami diuji dari segi mental dan fizikal, dari berkawad di tengah panas terik hinggalah ke aktiviti ikhtiar hidup merentasi hutan belantara. Hal itu mengajar kami untuk mengenal erti tidak mudah putus asa dan berfikiran positif. Sifat kesabaran, bersungguh-sungguh dan berperikemanusiaan harus ada dalam diri untuk menjadi seorang pemimpin dan jurulatih yang dihormati.

LIBK kali ni kami memegang prinsip ONE for ALL, ALL for ONE. Kerjasama ahli dalam setiap platun diambil kira. Kalau sorang salah, sorang je yang kena denda, bukan one for all, all for one lah kan? Jangan kata halfway position, sampai berguling-guling atas jalan tar yang panas pun ada ! ^__^  BK kena kuat ! Tapi badan sakit-sakit jugak :)

Jangan terkejutlah sepanjang kem LIBK ni sekurang-kurangnya 4jam sahaja untuk tidur. Selebihnya dengan aktiviti yang dijalankan. Kena regging dengan komander atau jurulatih memang menjadi kebiasaan. Komander ni ala ketenteraan, jadi kita kena biasakan diri untuk mengharungi perjalanan sebagai seorang Komander di kampus pula. LIBK adalah satu permulaan atau platform bagi Bakal Komander sebagai persediaan untuk menjadi seorang pemimpin pada masa akan datang.

Tapi apa yang perlu diingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang berjaya menjadi Komander Baru, pesanan daripada senior kita, jangan kita sekadar mengejar pangkat semata-mata, ingat kita ada tanggungjawab yang besar yang menanti.


Platun 3 sentiasa dalam ingatan. Kita senang sama-sama, sakit sama-sama, sesat dalam hutan sama-sama, suka duka bersama. Walau kita berlainan kampus, itu bukan penghalang bagi kita untuk terus berusaha dalam platun kita. 
Ehh! Kembar Bella mana?? I miss you Achaa ! ^__^
 Gambar ini diambil sebelum kami dijemur di tengah panas okayy :)

Kita naik bukit turun bukit sama-sama, pergi PI berzikir sama-sama, kena denda sama-sama, halfway position, PT10 3 kiraan 1 sebanyak 30 kali, lompat katak, airbone position..apa lagi nak? kau mintak aku bagi :)

sekarang dah bagai langit dan bumi. Tapi takpe, sekejap je tu :) Yang penting pengalaman yang kita dapat kat sana :)


Platun 3. Hujung kiri, Cik Hafees, hujung kanan, Cik Izar dan di tengah-tengah jurulatih kami, Che Ard .
Alhamdulillah sekarang kami KRM, Komander Rendah Muda :)
Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi kawan-kawan. Take care oulss.
Rindu semuaaaa

"Pacak tumit lenggang paras, pacak tumit lenggang paras.. 
pacak..pacak..pacak jangan malas !
nanti komander marah, nanti BK susah..
Kiri, kanan, kiri, kanan, 
kiri, kanan, kiri, kanan,
kiri, kiri..kiri kanan kiri.."

Selamat kembali ke kampus ! ^__^


No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)