Cuak tak cuak..keputusan peperiksaan akhir semester satu kini berada di hujung jari. Bak kata orang, sebanyak mana usaha kita, sebanyak itulah yang kita dapat..kan kan? Setelah 4 bulan lebih berhempas pulas memerah otak, berdoa dan bertawakal (tapi ber-facebook jugak sepanjang masa..hehe) akhirnya...eh, nanti dulu !
mula-mula classmate Bella, IYQA merangkap teman baik yang semangat sangat nak tahu result Bella ni. "Bella, Bella ! Iyqa nak no matrik ngn nombor IC Bella ! Iyqa nak tengokkan result untuk Bella". Haa, dah la time tu Bella tengah mamai baru bangun tidoq..ish ish. Iyqa saje tau. ;)
memang kurang percaya pada mulanya bila Iyqa bagitahu keputusan tu, ye la, carry marks bukan banyak mana pun, jawab exam paper lagi ntah pape. So ape lagi, Bella terus bergegas la ke CC untuk lebih lanjut. T___T So inilah yang Bella dapat . . Tangkap guna telefon je.
dijangka, walaupun tak sehebat rakan-rakan lain yang hampir ke pointer 4 flat, tapi Bella tetap bersyukur sebab sepanjang Bella menduduki peperiksaan, Bella tengah patah hati. Allah sahaja yang tahu. Ya, betapa bodohnya Bella waktu itu Bella patah hati kerana lelaki. Tapi Bella tahu itu adalah ujian yang besar buat Bella waktu itu dan ternyata, kekecewaan itu sebenarnya telah memberi satu semangat yang besar untuk lakukan yang terbaik. Tapi takpe, Bella lakukan semua demi mak dan abah yang sentiasa doakan kejayaan Bella. Lagi-lagi mak Bella yang bersusah payah membesarkan Bella selama ni bersama adik sebagai ibu tunggal. Bella bukan nak bangga atau riak, tapi inilah satu permulaan bagi Bella untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar dan banyak lagi cabaran yang perlu Bella tempuh. Bukan Bella sorang je.. Dan berharap anugerah Dekan yang bakal Bella dapat nanti adalah hadiah yang bermakna buat mak dan abah. Insya Allah..Bella sayang mak dan abah. :)
Buat rakan-rakan yang dapat DL tahniah Bella ucapkan dan yang lain-lain mari kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan pointer untuk semester yang akan datang. Chaiyook !! :D
No comments:
Post a Comment