Monday, January 3, 2011

Selamat Kembali ke Sekolah !


 

wahh, sekolah dah kembali dibuka :)
selamat ye!
tak kisah la sekolah mana pun,
zaman persekolahan la yang paling bermakna dalam hidup sejak kita darjah satu lagi sampai la ke tingkatan lima ~
tiada sekolah, tak bermakna lah hidup kita, 
sampai dah tamat zaman persekolahan ni pun masih terbayang-bayangkan
guru kesayangan kita mengajar, kena denda dengan cikgu, rehat sama-sama dengan rakan di kantin, berbelanja di KOPERASI, menghadiri sesi latihan lompat jauh semasa aktiviti kokurikulum, skodeng pelajar junior sambil bermain gosip, mengusik rakan yang sensitif, terkenangkan detik-detik perkenalan bersama 'teman tapi mesra' di perpustakaan...hihi ........

banyak kan? kalau senaraikan lagi sampai esok la tak habis! 
mesti anda juga merasai perkara yang sama dan kadang-kadang tu boleh berlinangan air mata!
rindu , rindu beb !
sekarang rakan2 seperjuangan masing-masing membuat haluan, 
hrmm, tengok adik turun bas sekolah je la ....

Oh ye, kepada yang belum tamat persekolahan tu, 
hargailah zaman persekolahan anda..huhu
habiskan masa yang ada untuk perkara yang berfaedah ok ? !
tak rugi pun. hihi
anyway, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah !

Anda mampu mengubahnya .

Adiooossssssaaa !

 Bella -  sedih bila teringat saat-saat manis bersama guru dan rakan di sekolah :'-(
 

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)