Monday, January 24, 2011

Pengalaman pertama.


 Ha..nampak tak ? hehe. apakah ini? ni Bell nak share sikit, malam tadi Bell jalan-jalan kat satu kedai ni, 100 meter je dari rumah Bell. Kedai tu masih dalam proses men-setting-kan barang, jadi dengan rasa ingin tahu, Bell masuk dan berbual apa yang patut dengan owner tu. Adidas? Puma? Converse? Boots? Yeah, itu reaksi pertama Bell. Cantik , walaupun bundle tapi masih tampak baharu. Hehe. 

  Perbualan kami membuatkan hati Bell melonjak keriangan apabila owner tu tersentak memberitahu beliau sedang mencari pekerja. Haha. Apa lagi, rumah dengan kedai pun dekat. Ada chance ni, tak payah keluarkan bajet untuk minyak. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak rezeki ku. 

  Diskas punya diskas, ibu dan ayah juga setuju. Telefon Encik Tasriip. Oh, ok . " Hari Rabu ni datang kedai, kita kemas kedai ". Cantik ! 
  Well, dalam masa yang sama, Bell rasa terharu, gerun, semua ada lah ! Hrm, mampukah aku menjaga amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan nanti? Satu hal pulak, customer yang akan masuk tu nanti kebanyakannya lelaki ! ergh ! Takpe, takpe, Bell nak cari pengalaman bekerja untuk KALI PERTAMA ! gaji aku tak kesah, janji ada
Ya, seumur hidup asyik berkepit manja bawah ketiak mak, sekarang pulak nak bekerja dengan orang ! OK, ini pekerjaan sambilan sebelum melonjak ke menara daging gading pada bulan Julai, Insya Allah bak lagu Maher Zain :) ye la, sebelum menunggu keputusan SPM sebenarnya :) Doakan saya ok :)

 Nasib kedai bundle kasut berjenama tu dekat dengan kedai mak. Apa-apa jadi, mak ada. Hehe. Ok, officially akan mula pada 1 Februari 2010 . jaga kaunter mula pukul 11 pagi hingga 7 petang, malam ganti orang lain. Wah,, saya teringat itu KOPERASI SEKOLAH :'-(

 Kebanyakan kasut yang dijual adalah kasut sukan, kasut kulit utk para pekerja, kasut sekolah Converse, boot lelaki dan wanita dan banyak lagi lah. Diskaun ada. Haha, ter-promote la pulak :P Jangan lupa datang :) Gambar2 kasut dan alamat kedai akan di-update kemudian. Haha

:)

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)