Monday, January 10, 2011

AJL 25 : Music Mapping

 Anugerah Juara Lagu (AJL) 25 sudah selamat melabuhkan tirainya semalam. Malam yang cukup gemilang itu masih lagi terasa apabila diserikan lagi dengan gandingan tiga hos yang cukup bersahaja dan tidak kering gusi dibuatnya, Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail dengan telatah mereka yang mencuit hati para penonton. Selain itu, persembahan pembukaan oleh Francisca Peter, Nash dan M.Nasir. Tidak ketinggalan juga persembahan sebelum keputusan diumumkan iaitu Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza.

 Namun, saat yang ditunggu-tunggu mendebarkan para penonton apabila ramai di kalangan mereka menyangka artis yang bakal merangkul anugerah Juara AJL25 iaitu sama ada Yuna, Shahir, Bunkface, Meet Uncle Hussen, Black, Stacy mahupun Faizal Tahir tetapi rezeki RM35 000 beserta trofi jatuh kepada gadis manis ini, Ana Raffali atau nama sebenar beliau Ana Nur Hidayah Mohd Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku ternyata amat memeranjatkan.



 Pelbagai persepsi yang dilontarkan daripada pelbagai pihak atas ketidakadilan juri2 profesional yang terdiri daripada Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB), Ahmad Izham Omar, M.Nasir sebagai ketua juri, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Azmeer, pemuzik Acis, penyanyi Amy Search, Pacai dan Andy Flop Poppy atas kemenangan Ana Raffali. 

  Bagi penulis, ia tidak sepatutnya menjadi kontroversi kerana Ana sememangnya berbakat dalam mencipta lagu untuk mempersembahkan kepada umum. Memang tidak dinafikan penulis juga terkejut dengan keputusan tersebut. Mungkin ada sebab2 tertentu juri profesional kita menentukan kemenangan berpihak kepada Ana. Ye la, tapi bila penulis memikirkan kembali, memang patut pun sebab Ana merupakan pelapis muzik yang baru nak meningkat naik, ada potensi untuk pergi jauh. Bukanlah yang lain tidak berpotensi untuk pergi jauh tapi kita patut memberi peluang kepada beliau di samping persembahan yang mantap dan cara penyampaian yang boleh dikatakan bagus jugak la. Lagu beliau memang best dan ada makna di sebalik lirik tu kan? Hrm, Yuna pernah memenangi tempat kedua dalam AJL 24 yang lalu, kita bagi peluang yang lain pulak la kan? betul tak?


 Memang penulis juga menentang atas pembukaan akaun Facebook seperti di bawah :-




 Eh, chill la.. terima dengan hati yang terbuka ok?
Buang masa je layan benda-benda yang remeh temeh ni, bukannya dapat faedah pun.
Juri ada sebab tertentu memilih Ana.
Ana Raffali is the best ok !

 Naib Juara pula disandang oleh Meet Uncle Hussen dan Black dengan lagu mereka, Drama King dan tempat ketiga ialah Hafiz dengan lagu Noktah Cinta.


 Di samping itu, persembahan terbaik ialah Faizal Tahir yang membawa lagu Hanyut dan vokal terbaik ialah Hafiz dengan lagu Noktah Cinta.


 Sememangnya persembahan daripada finalis-finalis cukup mengagumkan sehinggakan penulis tidak berubah tempat dari tempat duduk di hadapan kaca tv..hihi
Semoga industri muzik tanah air akan berkembang dan pelapis-pelapis muzik negara mampu mewarnai sehingga ke peringkat antarabangsa !


Sekian.


Bella - betul tak jangkaan saya? Faizal Tahir menang dengan lagu Hanyut. Mestilah, beliau memenangi persembahan terbaik AJL 25 :)

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)