Sunday, January 9, 2011

Debaran AJL ke 25 kian memuncak !

 gambar : Mangga Online

Yeah ! Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25 semakin mendebar-debarkan para penonton (termasuk saya...hehe) terutamanya artis yang terlibat dalam majlis berprestij ini bagi merebut gelaran Juara AJL 25 eksklusif di TV3 jam 9 malam ini yang diadakan di Stadium Bukit Jalil dan anda juga boleh mendengarkannya secara langsung di stesen radio rasmi AJL 25 iaitu Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa atau online di http://ajl25.tv3.com.my !

Untuk edisi tahun ini AJL25 bertemakan Music Mapping atau lebih dikenali sebagai pemetaan muzik. tau tak pemetaan tu apa? ha, pergi ke Google Translate lah ! hihi
eh bukan,, cari kat Kamus Dewan la XD


AJL25 kali ini mempertaruhkan 14 buah lagu yang berjaya bertanding sepanjang program Muzik-Muzik musim yang ke 25.


Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Berikut merupakan senarai lagu yang layak ke AJL 25 :
Yuna - Cinta Sempurna
Faizal Tahir - Hanyut
Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Hafiz - Noktah Cinta
Meet Uncle Hussain - Drama King
Adira - Ku Ada Kamu
A.P.I - Pelita
Tomok - Berlari
Black - Sofea Jane
Hujan - Mencari Konklusi
Faizal Tahir - Selamat Malam
Bunkface - Extravaganza
Stacy - Jahat
Anna Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jadi, kita sama-sama menonton ok !
 :)

Bella - menjangka Faizal Tahir bakal menang dengan lagu Hanyut.. :D


No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)