Sunday, May 19, 2013

THANK YOU ALLAH : Maher Zain

 
 
Lets say Thank You and Alhamdulillah :)
 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah
الحمد لله

Piring Astro vs Kiblat.

Assalamualaikum..

nak share sikit, actually rumah Bella tadak Astro pun (haha..maklumlah tak cukup bajet nk bayar) tapi berminat sangat la nak tahu. Ramai kata Astro yang ada 'piring para bola' tu menghadap Kaabah ye? Bukan orang je setakat cakap-cakap tapi memang ada kajian mengsahihkannya. Mekah adalah pusat Bumi dan magnetiknya adalah sifar. Jadi mudah untuk piring itu menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. klik sumber untuk lebih lanjut :)

  

Tapi agak kurang jelas la bila ada yang kata pulak piring Astro kat rumah mereka tak menghadap kiblat...haaa..macam mana tu? pelik bin ajaib. ha, tengok respon mereka kat bawah ni, ini berdasarkan blog-walking i lah. 





macam-macam pendapat kan? Ada juga yang Bella terbaca bila seseorang tu mencari arah kiblat untuk solat di sesuatu tempat persinggahan atau di tempat baharu, dia melihat di mana piring astro itu menghadap. Bagi Bella sendiri, tak boleh la macam tu kan? Bila dah macam-macam pendapat orang tentang piring Astro ni menghadap kiblat, tapi ada pula yang menafikannya, tak ke akidah kita dah terpesong kat situ? Dari situ timbul pula rasa was-was untuk solat dan sebagainya. Kita kan nak sembah Allah, kenalah yakin arah di mana kita menghadap. Tak mengapa kalau Astro tu menghadap kiblat tapi ada cara lain yang yakin untuk menentukan kiblat yang sebenar:

1) ukur menggunakan kompas (boleh guna semasa kem)
2) melihat arah matahari jatuh sebelah barat, 
3) tak pun boleh guna kaedah Internet;

Mudah kan? sekadar perkongsian. Selamat beramal :)



Friday, May 17, 2013

Kahwin Muda?




*gambar sekadar hiasan*

Kahwin muda? secara puratanya dalam lingkungan belasan tahun hingga 21 tahun. Siapa yang nak angkat tangan sikit ! *hee :D

Haaa...sapa yang dah mendirikan masjid tu tahniah ye, semoga berkekalan hingga ke Jannah. Amiin..

Berbalik pada topik lah kan agak-agak kan apa pendapat parents korang bila korang tanya "mama, kalau anak mama ni kawin awal ok tak?" 
"hai, dah ada calon ke?" 
"eh, takdelah, tanya je...hehe"

But sesetengah parents akan setuju sebab ... banyak faktor.

1) untuk elak anak mereka berZINA atau hasilkan anak luar nikah (cucu haram la katanya).
2) anak mereka ditangkap khalwat. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
3) anak dah ter-mengandung macam watak EL dalam Setia Hujung Nyawa. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
4) nak tengok anak mereka bahagia dengan BF@GF yang sedia ada / pilihan mereka. (hohoho..dah ada ke?)
5) dah tak sanggup nak tengok anak berkepit siang malam. (wowww ! -_- )
6) atau mereka memang dah tak sabar nak timang cucu (anak sulunglah katakan)
7) atau faktor-faktor lain yang tersembunyi. -..-'

Dan..ada jugak yang tak berapa nak setuju atau memang betul-betul tak setuju. ( kata mak, "haa nak kawin muda? langkah mayat aku dulu...!!" )
Apa sebabnya??

1) "Nak..habiskan belajar dulu, kawin tu dah habis belajar pun boleh.."
2) "Kau ni muda-muda lagi dah fikir nak berlaki !!"
3) "Kau ingat kau dah matang sangat ke nak kawin muda ni hah?"
4) "Oh, dah banyak ke duit lelaki tu nak tanggung kau nanti? Mak taknak anak mak ni nanti makan nasi lauk ikan bilis je hari-hari..."
5) "Tak payah dulu lah nak..usia muda ni kena enjoy dulu puas-puas. Nanti dah berlaki susah nak bebas dah."
6) "Duit kau dah banyak ke nak bagi anak bini kau makan nanti?"
7) "Sejak bila mak ajar kau muda-muda lagi dah pandai bercinta sana-sini?Belajar dulu, lepastu kerja.. Mak nak tengok kau berjaya. Ingat sikit pasal mak ni, siang malam membesarkan kau, nak.."

Haaa..agaknya apa pulak respon parents you'all?
Macam Bella, mak suruh habiskan belajar dulu, lepastu kerja..haa barulah boleh kahwin..hihi :)

TAPI TAPI apa yang pasti dan TERPENTING !, biarlah pernikahan/perkahwinan itu seiring dengan niat untuk mendapatkan barakahNYA bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Dan semestinya mendapat restu kedua orang tua kita yang masih hidup... Insha ALLAH.



JAGA HATI, IMAN KITA


Alhamdulillah..buat masa sekarang ni, semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan hingga keakhirnya okay. Kami dah puas bergaduh, merajuk, so sekarang ni kami nak jalani hari-hari mendatang dengan ceria dan bahagia. Aku tak boleh nak pentingkan diri lagi, aku dah banyak lukakan hati dia, semua yang aku buat selama ni semata-mata ingin melihat sejauh mana ketulusan hatinya terhadap aku. Aku bukan mudah untuk mempercayai seseorang lelaki tu, dan kini aku dapat meneroka hatinya hampir 100%. Kesian dia, sekarang kesihatan dia merisaukan aku, dia tak boleh penat sangat, nanti akan sesak nafas. 

Aku dah cerita pada dia, apa yang aku betul-betul tak suka. Bila keluar sama, aku akan pastikan perkara itu takkan berlaku. dan dia tahu dan dah faham. Kita masih mahu mejaga batas-batas pergaulan kita supaya orang tak pandang serong pada kita kan? Kita masih berdiri pada agama kita. Tak semestinya kalau bercinta ‘benda’ macam tuu wajib kita buat kan? dan dia pun dah tahu, so aku harap lepas ni takkan timbul lagi isu remeh-temeh yang menyakitkan hati lagi :) Insya Allah, mudah-mudahan iman kita terpelihara..

Aku amat sayangkan dia, aku amat mencintai dia. Ya Allah..kuatkanlah hubungan kami. Sekiranya dia bakal menjadi pemimpin dan pelindungku, kuatkanlah ikatan kami. Kuatkanlah hati kami menempuh segala dugaan dan ujian daripadaMU, KAU satu-satuNYa Maha Mengetahui dan Maha Kuasa dalam menentukan segala-galanya.

Wednesday, May 15, 2013

Kemusykilan agama : Ustaz Azhar Idrus

Dijawab oleh : Ustaz Azhar Idrus

1) Salam berlapik

Q: Apa hukumnya perempuan bersalaman dengan lelaki secara berlapik iaitu dengan memakai sarung tangan? Pengetua di sekolah saya selalu berbuat demikian terutamanya dalam majlis-majlis rasmi.

A: Menurut pandangan kebanyakan ulama, tetap tidak boleh perempuan bersalaman dengan lelaki ajnabi biarpun dengan bersarung tangan. Ini kerana walaupun bersarung tangan, kita masih dapat merasai jisim atau bentuk bahagian badannya. Pendapat ini tidak menjadi ijmak. Namun kita mengajarkan pandangan muktamad iaitu tetap tidak boleh. Namun dalam keadaaan darurat atau hendak menolak mudarat yang lebih besar, ada pandangan yang membenarkan bersalaman dengan bersarung tangan. Jadi boleh hanya ketika kesulitan dan sangat-sangat perlu sahaja. Apa yang berlaku sekarang dalam keadaan biasa pun orang bersalam begitu sahaja. Antara alasannya sebab orang yang disalami itu pemimpin besar. siapa yang lebih tinggi pangkat daripada Rasulullah? dalam kitab Syarah Fiqh al-Akbar disebut: "Sesiapa yang berpendapat mana-mana pemimpin itu lebih tinggi daripada Rasulullah, dia jatuh murtad!". Pemimpin tertinggi ialah Rasulullah. Pun begitu, dalam peristiwa baiah Nabi tidak bersalaman pun dengan kaum wanita.

2) Aurat Ibu dan anak lelaki

Q: Apakah aurat ibu dengan anak lelakinya?

A: Berkenaan aurat lelaki dengan emak, Allah SWT berfirman mafhumnya: "Diharamkan bagi kamu ibu-ibu kamu sendiri." Maknaya emak kita adalah mahram kita. Jadi antara emak dan kita, yang wajib hanya pakai kain dari pinggang sampai lutut. Bahagian perut hingga ke atas, kita tidak haram untuk melihatnya dan dia tidak haram untuk menunjukkannya. Kita dahulu pun menyusu dengannya. Yang tidak bolehnya, emak pakai kain tuala nampak peha dan diilihat oleh lelaki lain. Begitu juga anak lelaki hanya berseluar dalam di hadapan emak. Ayah juga tidak boleh hanya berseluar dalam di dalam rumah dan berjalan di hadapan anak. Hukumnya haram. Yang boleh, suami pakai seluar dalam di hadapan isteri sahaja.

3) Bermenantukan orang yang tidak solat

Q: Apa hukum orang yang mengahwinkan anaknya dengan orang yang tidak solat?

A: Orang sekarang ini ada tidak yang bertanya kepada orang yang hendak mengahwini anaknya tentang solat? Tidak ada! Asalkan nampak pakai kereta, beres. Kerja makan gaji, beres. Kerja apa? Kerja bank, bolehlah. Dengar dia kerja bank sahaja boleh terus. Siasat dulu, dia solat ke tidak? Pergi siasat di tempat dia bekerja, dia solat atau tidak? Tanya kawan-kawannya, dia berjudi atau tidak? Dia minum arak atau tidak? Sebabnya kita hendak buat menantu. Haram buat menantu orang yang tidak solat walaupun nikah itu sah. Ini kerana anak perempuan itu amanah Allah. Kita kena jaga betul-betul. Jangan jadi rosak dan kotor. Adakah layak anak dara kita yang kita bela dari kecil sampai besar akhirnya kita bagi dia tidur dengan orang yang tidak solat? Dia pula kena taat dengan suami yang fasik. Tidak betul punya ayah. Macam tidak sayang anak! Wallahu a'lam.
 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 p/s: Segala persoalan dan jawapan diambil terus-menerus dari majalah al-Ustaz buat perkongsian umum. Harap ia menjadi rujukan buat semua serta penulis sendiri. Insya ALLAH.

Tuesday, May 14, 2013

Kemusykilan agama : Imam Yahya

Dijawab Oleh : Imam Yahya bin Syaraf al-Nawawi

1) Makan minum sambil berdiri

Q: Apakah makruh makan dan minum sambil berdiri? Bagaimana menjawab hadis-hadis yang melarangnya?

A: Minum sambil berdiri hukumnya makruh, tidak haram. Adapun makan sambil berdiri, maka jika ada hajat, hukumnya harus. Jika tanpa hajat, maka hukumnya khilaf afdal (menyalahi yang lebih utama) , tidak boleh dikatakan makruh. Ini kerana sabit dalam riwayat Ibn Umar bahawa mereka (para sahabat nabi) pernah melalakukannya. Ini lebih utama dibandingkan riwayat Sahih Muslim daripada Anas yang memakruhkannya. 
Adapun minum berdiri, dalam Sahih Muslim melarangnya, namun dalam Sahih al-Bukhari dan selainnya ada hadis-hadis sahih yang menyatakan bahawa Nabi melakukannya. Maka hadis-hadis larangan menunjukkan hukum makruh tanzih, dan hadis-hadis perbuatan nabi menunjukkan tidak haram.

2) Syaitan tumpang makan

Q: Adakah syaitan memakan dan meminum daripada makanan atau minuman manusia?

A: Ya, ia makan dan minum daripada makanan manusia. Wallahu a'lam.

3) Makan sikit-sikit

Q: Betulkah bahawa Nabi SAW menyuruh untuk memperkecil suapan dan memperhalus kunyahan? Adakah perkara itu disunatkan?

A: Tidak sahih riwayat tersebut. Namun perkara itu sunat jika diniatkan untuk membuat ikhsan dan mengajar adab atau makanan sedikit dan dia sebenarnya sudah kenyang namun jika dia tidak makan, maka orang lain juga enggan makan. Atau niat-niat lain yang baik.

4) Sunat basuh tangan

Q: Sebahagian ahli adab mengatakan bahawa disunatkan membasuh tangan sebelum makan dimulakan dengan membasuh tangan anak-anak muda dan kanak-kanak terlebih dahulu sebelum orang tua. Adapun selepas makan, maka dimulakan dengan orang tua terlebih dahulu. Ia juga berkata, disunatkan mengusap dengan sapu tangan setelah selesai makan. Dan tidak disunatkan sebelum makan. Apakah hikmah adab tersebut sekiranya benar?

A: Mendahulukan membasuhh tangan anak-anak muda dan kanak-kanak sebelum makan, asasnya tangan mereka biasanya lebih kotor akibat tidak menjaga diri daripada kotoran. Itu sebabnya tangan mereka lebih dahulu perlu dibasuh. Dalam kes air yang sedikit, maka tidak membasuh tangan orang tua lebih sedikit mafsadahnya. Adapun mendahulukan tangan orang tua untuk dibasuh selepas makan, tujuannya untuk menghormati mereka, lagipun tiada lagi keperluan yang telah disebut tadi. Adapun tidak mengusap tangan dengan sapu tangan sebelum makan, asasnya kerana dikhuatiri ada kotoran atau sesuatu yang menggelikan dalam sapu tangan tersebut. Perkara ini berbeza dengan selepas makan. Wallahu a'lam.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 p/s: Segala persoalan dan jawapan diambil terus-menerus dari majalah al-Ustaz buat perkongsian umum. Harap ia menjadi rujukan buat semua serta penulis sendiri. Insya ALLAH.

MOM, she is like a diamond :)

Happy Mother's Day. Selamat Hari Ibu.

Especially to my dearest mother, HAMUDAH BINTI ARJAN, let you to know that..

You are my EVERYTHING
You are like a diamond that is shining me EVERYDAY
You are the best teacher in the world FOREVER.

I will always appreciate your kindness, sacrifices and the whole things of MAHMUDAH are really inside of you.
I am very thankful to ALLAH SWT to give this diamond (means you, MOM) in my life.
ALHAMDULILLAH.
May ALLAH bless you ALWAYS and FOREVER...MOM.
Thanks a lot to guides me to be a better PERSON. 

YOU are NEVER DIE in my HEART . LOVE YOU MORE.

Friday, May 3, 2013

MALAM PERTAMA

Assalamualaikum..  :)

*haha topik nak gempak*
Alhamdulillah, cuti semester selama sebulan lebih ni mungkin kebosanan yang melanda ni akan berkurangan. Alhamdulillah, Allah telah memakbulkan doa saya. Saya dapat kerja, walaupun sekadar part-time, kira beruntung sebab rezeki yang datang ni tak disangka-sangka. DIA memberi rezeki itu melalui majikan lama saya tempat saya bekerja sebelum sambung belajar. Takpelah, walaupun kerja malam, takdelah penat sangat. Kerja di kedai kasut sebagai promoter dan penjual, jaga sorang je kedai tu :) Sebelah siang memang dah ada orang yang jaga, so amik malam je la. Takkan nak buat full time pulak dari pagi, nak halau budak tu, ehhh mentang-mentanglah aku pernah kerja kat situ setahun lebih, kira nak tutup periuk nasi orang la pulak kan. Ish, tak patut tak patut.. *shuhh shuhhh jauh la..

Alhamdulillah, malam ni malam pertama saya :) *jgn pikiaq laen pulak!
Malam bekerja ^___^ nak duit cari sendiri la, baru puas :)
My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)