Monday, March 21, 2011

CINTAmu bukan MILIKku

28 Dis 2008 - 26 Mac 2010 - 28 Sept 2010 - 17 Mac 2011

Cinta itu sememangnya adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Esa. Tapi kita tak dapat nak menafikan bahawa cinta itu sentiasa membawa kebahagiaan selain mengajar kita untuk lebih memahami erti sebenar kehidupan.
Cinta kepada Allah adalah cinta untuk selamanya.
Cinta kepada agama adalah sentiasa, tak kira masa.
Cinta kepada kitab dan rasul adalah cinta yang agung.
Cinta dan sayang antara ibu bapa dan keluarga selalu disanjung.
Cinta kepada alam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan memberi ketenangan di jiwa.
Sayangkan sahabat, cinta yang erat dalam persahabatan.
Tapi cinta kepada kekasih hati, adakah ia cinta sejati?

 Manusia bisa berbicara, merancang dan memahami insan lain tapi dalam masa yang sama, tuhan yang menentukan. Takdir yang tertulis itu adalah yan perlu diterima. Terima dengan hati yang ikhlas dan redha. Sekiranya bukan dia dalam kamus hidup, jadi dia bukanlah milik aku. Ah.....sekadar untuk menyedapkan hati nurani saja ! Tapi kisah itu (cinta) tak sama jalan ceritanya. Umpama plot penceritaan dalam sebuah cerpen mahupun novel.

Permulaan cerita tentang dua insan yang kononnya baru hendak mengenali hati budi masing-masing. Perkembangan ceritanya pula mereka mula melalui dan merasai bibit-bibit cinta dan mula untuk bermadu kasih. Masuk 'part' perumitan cerita, pelbagai pula permasalahan yang timbul dan memerlukan perbincangan yang baik antara 2 pihak. Kalau tak dek orang ketiga, mungkin dari halangan orang tua ataupun berpunca daripada sikap mereka itu sendiri. Puncak cerita pula adalah cara mereka menyelesaikan masalah tersebut dan perancangan seterusnya. Daripada penyelesaian, peleraian yang menentukan sama ada hubungan itu kekal atau sebaliknya....

Kisah aku?
Tuhan sahaja yang tahu hati kecilku ini...
Tapi tak bisa meluahkan, hanya sekadar renungan. Mungkin kerana usia, masa yang tidak sesuai atau hati yang telah pudar ? 
Aku sentiasa mendongak ke atas melihat bulan. Kadang terang sinarnya, kadang samar-samar dilitupi awan malam...

Tapi itulah yang sering berlaku. Dia berkata kepadaku begitu. Keadaan bulan yang menunjukkan perasaan aku. Begitu kah? Kau yang terlalu taksub sehinggakan membandingkan aku dengan bulan itu. Bulan Mac juga yang menjadi plot permulaan dan peleraian. Tapi aku terkilan, kenapa? Ya, aku masih lagi teringat bait-bait lagu 'Baik-baik Sayang' yang menjadi peneman sepanjang kau bersama aku. Lagu Wali Band jadi lagu kita. Bila teringatkan balik memang lucu. Aku nak tidur, kau nyanyikan. Aku masih lagi simpan video lagu-lagu Wali Band kat dalam pc. Syahdunya !

Aku tahu kau takkan baca entri ni sebab kau jarang online kan ! Mungkin kau tak tahu aku sebenarnya gembira bila kau kata kau takde Facebook sebab aku tak nak kau chatting dengan orang lain. Tapi aku tahu kau takkan buat begitu sebab aku dah kenal kau, J ! Harap-harap lepas ni kau pun dapat orang yang lebih baik daripada aku. Aku dah terima takdir ini kerana cintamu kini bukan lagi milikku....


3 comments:

Mai said...

Nice story :) jgn sedeh2 ye ^__^
Nice blog bebeh :)

BeLLa said...

hai Mai Yee..sy da x sedey da..
malah sy lagi happy sekarang ni :) thanks awak...blog awk pun cantik..pink gitu ~ :D

Mai said...

hahaha..ok3..happy blogging yerr :)

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)