Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010


Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu sudah tiba..... Pukul 10.30 pagi tadi Bell ke sekolah bersama ayah. Mula-mula ibu nak ikut, tapi Bell mendesak supaya ibu tak payah ikut sebab takut ibu sedih kalau Bell tak dapat keputusan yang diharapkan. Ok, ibu bertenang je..kesian dia...huhu...tapi nak buat macam mana, Bell tak nak dia sedih kat sekolah, kalau nak sedih, kat rumah jelah kan...

Malam tadi dah la Bell payah nak tidur mengenangkan esoknya nak ambil keputusan. Apa lagi mimpi pun yang bukan-bukan..Ternyata hari ini, dengan berkat doa daripada ibu, ayah, keluarga tersayang dan doa daripada orang yang pernah dicintai dan Alhamdulillah, akhirnya Bell dapat keputusan yang boleh dikatakan tak dijangka walaupun tak secemerlang mana... 2A 3A- 1C+ 1C 2D



Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang Bell terpaksa tempuhi sebelum SPM, tapi Bell dapat buktikan kepada mereka yang Bell jugak boleh berjaya walaupun 5A je. Memang dalam masa yang sama, Bell juga kecewa sebab Bell tak dapat kongsi benda ni kat orang yg Bell pernah sayang. Tapi Insya Allah, Bell akan kongsikan jugak kat dia.

Well, apa-apa pun kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2010, Bell ucapkan tahniah walau apa pun keputusan yang korang dapat dan selamat maju jaya untuk hari yang mendatang :)

Salam sayang...Bell ^^
 
 

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)