Sunday, April 28, 2013

Semester Break? What should I do?


Semester break is coming! 
But I don't know what must I do. Huhu
I want to work, but mom didn't agree.
I want to cook, she just make angry face.
I want to help her at the shop, also that kind.
What should I do?
Everything I want, it is not easily to get.
It is not as simply as ABC.
Selalu kena marah ada laaa...
I want to be like other teenagers outside there.
They are going to work, even for making a part time job, have owned money, 
anything to buy no need to use our parent's money.
I can to be independent of myself.
I want to search new experience in various of career.
Where's my right??
I dont want to be pampered everyday,
goyang kaki ,
reading novels and online...
I need the meaning of life, the real life,
in happy family :-(

kan best kalau dapat masuk pertandingan kawad kaki tu, mesti tak bosan macam ni T_T

Album ke-3





 Assalamualaikum.
Semalam pi majlis nikah anak kawan mak, alang-alang dah mai Shah Alam, terus pi Plaza Alam Sentral.
tahu dok apa yang cek dapat?
haaaa...

 album ke-3 FT yang berjudul "Faizal Tahir"
memuatkan 10 buah lagu,
Vortex, Bintang, Biar, Selalu, 7, Halusinasi, Permaisuri, Buta, Mati, Antigraviti.
Release pada 1 April yang lalu.
Tunggu cuti sem ni baru dapat :) 
awesome kannn??
Alhamdulillah !!



Sunday, April 21, 2013

Dikir Barat Mandarin


 Alhamdulillah, selesai sudah Pertandingan Dikir Barat Mandarin 2013 malam tadi (20 April  2013). Gamat sungguh suasana yang dihadiri tetamu jemputan dari Sekolah Menengah Sains Perlis, Universiti Utara Malaysia, kontinjen-kontinjen dari UiTM Melaka, Kedah dan Terengganu serta para hakim. Perlis sebagai tuan rumah juga tak terkecuali. Rektor UiTM Perlis, Prof. Dato' Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman memeriahkan lagi majlis tersebut.

Pertandingan ini disertai seramai 5 kumpulan dari 4 buah negeri. Perlis, Kedah A, Kedah B, Melaka dan Terengganu. Keseluruhannya, kumpulan Kedah B berjaya merangkul sebagai Johan bagi pertandingan ini dan meraih piala, sijil dan wang tunai sebanyak RM 500. Naib Johan dimenangi oleh kumpulan dari UiTM Perlis dan tempat ketiga UiTM Terengganu. Kumpulan dari UiTM Melaka dan kumpulan Kedah A masing-masing menerima saguhati.

Kami para urusetia juga tidak melepaskan peluang menyajikan persembahan selingan bagi menghiburkan audiens sementara para hakim membuat penilaian dengan menyanyikan lagu berjudul Tong Hua bersama rakan-rakan; Shafie, Syaza, Hafiz, Farah, Akmal, Nazihah, Syafiq, Yana dan Nadzri :)








haaa....sebelum tu, dan lagi tu pi pekena aiskrim kt Yogking, Arau :) so yummyyyy! Meh la mai Arau :D


Wednesday, April 17, 2013

Arau, ku masih di sini.

Assalamualaikum to all readers..
你好 和 午安 :)
nǐ hǎo hé wu an
hello and good evening.

Alhamdulillah, hujan di tengah hari.. 


 mandi pun dak lagi ni. Sejuk gila kot. Kolej dah sunyi, seronok la ampa dah balik ngumah dah. Tapi ada gak yang pi kursus OC di Perak, khamis ni depa dah mai sini balik.
takpa, berapa hari ja lagi ni. Jumaat sampai ahad ni ada pertandingan dikir barat bahasa mandarin antara kampus. Kampus yang terlibat, Terengganu, Penang, Kedah, Perlis dan Melaka. Insya Allah, ayahanda Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pun akan turut serta memeriahkan majlis ini. Tak sabarnya!

Then...ahad malam dah boleh balik! Yess!



truely missing.



When a senior meets her juniors :)
Kak Wanie and Qyla. They are my awesome roommates in Kesinai 3, room I223. Kak Wanie or full name Nurhazwani 'Izzati binti Ahmad (please double check your name's spelling..hihi) from Batch 41, my lovely senior Quantitative Science part 6 and Qyla or Aqilah binti Suyada from my batch, Batch 44 Quantitative Science too! 
**so I'm the only BANKERS there :D . 
I love both of them sooo much. Thanks for you, sis. You are always understand me and be a good listener :) For Qyla, a prettiest girl in our batch, heeee...thanks for accept me as your roommate even at first we are not knowing each other enough. Thanks for wake me up almost everyday morning :)

 谢谢 xiexie!!




Dialah segalanya.

Ya Allah, dari sehari ke sehari ku meniti waktu menghadapi kehidupan serba mencabar ini akhirnya semester kedua berada di penghujung. Mungkin tatkala kita menggunakan setiap masa yang ada kita tak sedar betapa pantasnya Dia memutarkan masa. Adakalanya kita alpa dan leka dengan keindahan dunia , maka luput jua seketika ingatan kita kepada Nya. 

Kadangkala aku berfikir sejenak..
Adakah segala yang aku lakukan di dunia ini diredhai oleh Mu? 
Adakah segala tanggungjawab yang diberikan aku dapat melaksanakan dengan sempurna? 
Adakah dosa-dosa yang ku galas ini diampunkan oleh Mu? 

Betapa beratnya tanggungjawab itu sebagai khalifah di bumi Allah ini. Sekian lama aku di negeri orang, banyak mengajar aku erti kehidupan yang penuh pancaroba. 

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. 
Setiap perbuatan kita ada batasnya. 
Setiap percakapan kita ada tapisnya. 

Banyaknya kekurangan diri ini yang harus ku ubah. Keyakinan dan kepercayaan harus ada dalam diri. 

Kekuatan itu dari segumpal semangat. 
Semangat itu lahir dari secetus keyakinan.
Keyakinan pula datangnya dari kepercayaan dalam diri yang memintas segala-galanya...

Ya Allah, terima kasih atas segala peluang yang Kau berikan untuk ku menggapai bintang itu di bumi Arau ini. Kaulah segalanya buat diriku..

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)