Saturday, March 26, 2011

Sekolah & Pelajar Terbaik SPM 2010


Salam kepada pembaca, di sini Bell ingin kongsikan artikel yang Bell dah baca dalam Utusan Malaysia 24 Mac yang lepas :)
 
Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan

* Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban, Negeri Sembilan.
  2 tahun berturut-turut.
 [ Dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (Saser) ]
* 143 daripada 266 calon memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran.
* 16 daripadanya mendapat A+ dalam semua mata pelajaran.
* Merupakan kategori Sekolah Berasrama Penuh paling cemerlang

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) 

* 1 249 calon memperoleh semua A
* Jumlah ini merangkumi 18.28 % daripada keseluruhan 6 833 calon daripada 38 buah MRSM.
* MRSM Pengkalan Chepa ialah MRSM terbaik dengan Gred Purata Maktab (GPM) 0.83

6 buah lagi MRSM yang cemerlang berserta Gred Purata Maktab (GPM)

1. MRSM Tun Ghafar Baba = 0.91
2. MRSM Taiping = 0.97
3. MRSM Langkawi = 1.33
4. MRSM Kuala Kubu Bharu = 1.68
5. MRSM Kubang Pasu = 1.73
6. MRSM Kuala Berang = 1.73

Pelajar Terbaik Negeri

( 12 A+ )

SELANGOR
1. Kugnethran Parmusuan - SMK Shah Bandaraya, Klang.
( 11 A+ )

KELANTAN
1. Muhamad Izzat Syameer Mohd Zaid - SMA Lati, Pasir Mas

PERLIS
1. Muhammad Farhan Mohamad Nadzam - SMK Agama, Arau
2. Lee Ze Chen - SMK Derma

PAHANG
1. Chan Shu Ren - SMK Chung Ching, Raub

TERENGGANU
1. Faizah Omar, Wan Nuraisyah Azzaharh Wan Zuki, Nurul Shahirah Putih & Nur Zulaikha Ismail - SMK Agama Tok Jiring

2. Nurliyana Athirah Azmi - SMK Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
PULAU PINANG
1. Chow Chee Shoon - SMKJK Chung Ling

SABAH
1. Fiona Fong Pui Wun - SMK Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu

JOHOR
1. Ahmad Ibrahim Zakaria - SMK Agama Maahad Muar

NEGERI SEMBILAN
1. Lee Zhe Ying - SMK Bukit Mewah, Seremban

SARAWAK
1. Rebecca Wong Kee Qin - SMK Methodist Sibu

Friday, March 25, 2011

SPM 2010 terbaik dalam 4 tahun

Putrajaya, 23 Mac - Keputusan untuk 2010 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah yang terbaik dalam empat tahun. 

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Ghafar Mahmud telah menetapkan jumlah mata pelajaran yang dibenarkan untuk pelajar bagi mengambil di SPM dari tahun lalu. 

"Hal ini dapat jelas terlihat dari keputusan yang menggembirakan mereka berdasarkan sistem bergred di mana 363 calon dari sekolah-sekolah kerajaan dan 40 pelajar dari sekolah swasta atau calon swasta diperolehi A + dalam semua mata pelajaran berbanding dengan 214 pada tahun 2009," katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan analisis dari keputusan SPM 2010 di Jabatan Kementerian, semalam.

Beliau mengatakan 9 239 calon sekolah Kementerian Pelajaran dengan peratusan 2.82% memperolehi keputusan yang merupakan gabungan dari A +, A dan A-  berbanding dengan 7 987 calon pada tahun 2009.


Abdul Ghafar berkata ini merupakan tahun kedua kementerian telah menggunakan sistem penilaian baru untuk pelajar iaitu A +, A, A-, B +, B, C +, C, D, E dan G dibandingkan dengan sebelumnya,  dari 1A hingga 9G. 

Hal ini katanya akan memberikan butiran lanjut calon yang sangat baik yang memperoleh nilai A dalam peperiksaan.
Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) peringkat kebangsaan juga meningkat dari 5.34 pada tahun 2009;  5.19 tahun lalu, meningkat.

Abdul Ghafar berkata pelajar mengambil antara lapan hingga 12 mata pelajaran tahun lalu dengan sebahagian besar memilih untuk mengambil 10. 

Bilangan maksimum mata pelajaran yang dibenarkan pelajar untuk mengambil untuk SPM adalah maksimum 12 mata pelajaran iaitu enam subjek teras daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains dan selebihnya mata pelajaran elektif. 

Hal ini untuk membolehkan pelajar untuk lebih fokus.

Abdul Ghafar kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan upacara khas untuk mengumumkan senarai pelajar terbaik dan sekolah pada 1 April 2011. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains, Abdul Ghafar berkata pelajar luar bandar itu lebih baik daripada pelajar di kota.

Namun, beliau menambah, usaha lebih perlu dilakukan untuk menutup jurang prestasi antara pelajar-pelajar di kawasan bandar dan luar bandar dalam bahasa Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

Abdul Ghafar berkata tujuh pelajar dengan berkeperluan khas - tiga rabun, dua buta, salah satu gangguan pendengaran dan lain dengan beberapa pelajar yang mempunyai kecacatan, memperoleh keputusan yang sangat baik.

Untuk hasil keseluruhan, katanya 368.559 pelajar memperoleh sijil SPM tahun ini berbanding dengan 364.046 pelajar pada tahun 2009.


Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

**Sumber daripada thestar online dan Utusan Malaysia

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM 2010


Akhirnya tarikh yang ditunggu-tunggu sudah tiba..... Pukul 10.30 pagi tadi Bell ke sekolah bersama ayah. Mula-mula ibu nak ikut, tapi Bell mendesak supaya ibu tak payah ikut sebab takut ibu sedih kalau Bell tak dapat keputusan yang diharapkan. Ok, ibu bertenang je..kesian dia...huhu...tapi nak buat macam mana, Bell tak nak dia sedih kat sekolah, kalau nak sedih, kat rumah jelah kan...

Malam tadi dah la Bell payah nak tidur mengenangkan esoknya nak ambil keputusan. Apa lagi mimpi pun yang bukan-bukan..Ternyata hari ini, dengan berkat doa daripada ibu, ayah, keluarga tersayang dan doa daripada orang yang pernah dicintai dan Alhamdulillah, akhirnya Bell dapat keputusan yang boleh dikatakan tak dijangka walaupun tak secemerlang mana... 2A 3A- 1C+ 1C 2D



Alhamdulillah, walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang Bell terpaksa tempuhi sebelum SPM, tapi Bell dapat buktikan kepada mereka yang Bell jugak boleh berjaya walaupun 5A je. Memang dalam masa yang sama, Bell juga kecewa sebab Bell tak dapat kongsi benda ni kat orang yg Bell pernah sayang. Tapi Insya Allah, Bell akan kongsikan jugak kat dia.

Well, apa-apa pun kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2010, Bell ucapkan tahniah walau apa pun keputusan yang korang dapat dan selamat maju jaya untuk hari yang mendatang :)

Salam sayang...Bell ^^
 
 

Monday, March 21, 2011

CINTAmu bukan MILIKku

28 Dis 2008 - 26 Mac 2010 - 28 Sept 2010 - 17 Mac 2011

Cinta itu sememangnya adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Esa. Tapi kita tak dapat nak menafikan bahawa cinta itu sentiasa membawa kebahagiaan selain mengajar kita untuk lebih memahami erti sebenar kehidupan.
Cinta kepada Allah adalah cinta untuk selamanya.
Cinta kepada agama adalah sentiasa, tak kira masa.
Cinta kepada kitab dan rasul adalah cinta yang agung.
Cinta dan sayang antara ibu bapa dan keluarga selalu disanjung.
Cinta kepada alam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan memberi ketenangan di jiwa.
Sayangkan sahabat, cinta yang erat dalam persahabatan.
Tapi cinta kepada kekasih hati, adakah ia cinta sejati?

 Manusia bisa berbicara, merancang dan memahami insan lain tapi dalam masa yang sama, tuhan yang menentukan. Takdir yang tertulis itu adalah yan perlu diterima. Terima dengan hati yang ikhlas dan redha. Sekiranya bukan dia dalam kamus hidup, jadi dia bukanlah milik aku. Ah.....sekadar untuk menyedapkan hati nurani saja ! Tapi kisah itu (cinta) tak sama jalan ceritanya. Umpama plot penceritaan dalam sebuah cerpen mahupun novel.

Permulaan cerita tentang dua insan yang kononnya baru hendak mengenali hati budi masing-masing. Perkembangan ceritanya pula mereka mula melalui dan merasai bibit-bibit cinta dan mula untuk bermadu kasih. Masuk 'part' perumitan cerita, pelbagai pula permasalahan yang timbul dan memerlukan perbincangan yang baik antara 2 pihak. Kalau tak dek orang ketiga, mungkin dari halangan orang tua ataupun berpunca daripada sikap mereka itu sendiri. Puncak cerita pula adalah cara mereka menyelesaikan masalah tersebut dan perancangan seterusnya. Daripada penyelesaian, peleraian yang menentukan sama ada hubungan itu kekal atau sebaliknya....

Kisah aku?
Tuhan sahaja yang tahu hati kecilku ini...
Tapi tak bisa meluahkan, hanya sekadar renungan. Mungkin kerana usia, masa yang tidak sesuai atau hati yang telah pudar ? 
Aku sentiasa mendongak ke atas melihat bulan. Kadang terang sinarnya, kadang samar-samar dilitupi awan malam...

Tapi itulah yang sering berlaku. Dia berkata kepadaku begitu. Keadaan bulan yang menunjukkan perasaan aku. Begitu kah? Kau yang terlalu taksub sehinggakan membandingkan aku dengan bulan itu. Bulan Mac juga yang menjadi plot permulaan dan peleraian. Tapi aku terkilan, kenapa? Ya, aku masih lagi teringat bait-bait lagu 'Baik-baik Sayang' yang menjadi peneman sepanjang kau bersama aku. Lagu Wali Band jadi lagu kita. Bila teringatkan balik memang lucu. Aku nak tidur, kau nyanyikan. Aku masih lagi simpan video lagu-lagu Wali Band kat dalam pc. Syahdunya !

Aku tahu kau takkan baca entri ni sebab kau jarang online kan ! Mungkin kau tak tahu aku sebenarnya gembira bila kau kata kau takde Facebook sebab aku tak nak kau chatting dengan orang lain. Tapi aku tahu kau takkan buat begitu sebab aku dah kenal kau, J ! Harap-harap lepas ni kau pun dapat orang yang lebih baik daripada aku. Aku dah terima takdir ini kerana cintamu kini bukan lagi milikku....


Friday, March 18, 2011

mimpi ngeri ~

Tak terasa Bell rupa-rupanya dah masuk ke pertengahan bulan Mac. Tak lama lagi keputusan SPM 2010 keluar. 23 Mac kan? 


hrm, agak-agak ape la yang aku dapat? Macam mane lah keputusan aku tu nanti? Berkecamuk sudah fikiran masing-masing kan? Cuak? Relax sudahhh...chewah, konon nak sedapkan hati sendiri..mana taknya, malam tadi tengah duk sedap tidur dibuai mimpi tentang "orang yang tersayang yg kini sudah hilang di depan mata", masuk pulak dah mimpi yang kedua...haha...ingat pulak..

ade ke pi sekolah pakai baju biasa amik keputusan?pagi pulak tu, tak ke kena halau dengan pak cik guard? ayah mama ade kat sebelah, jadi no hal la kan. Pakai pulak baju yang orang tu bagi semalam. huarghhh..ini sudah dikira melampau.. ! Pastu amik result.

mak yang amik. bukan diri sendiri. aduii..keputusan, tau tak ape yg cik Bell dapat ni???

Bahasa Melayu : D
Bahasa Inggeris : B
Sejarah : B 
Mathematics : D

Hrmm...tu je yang Bell ingat..tapi kebanyakannya dapat D la..yang peliknya takde simbol + (plus) atau - (minus). Ok. Bell terkejut dan menangis. dan pagi itu Bell tersentak dari tidur dan akhirnya dengar bunyi azan Subuh..... syukur, mimpi je. itu satu petanda apakah? 

set on your mind that you're already do the best ok?
Harap-harap dapat keputusan yang lebih bagus. Doa banyak-banyak. hrmmm....

Thursday, March 10, 2011

Malaysia vs Pakistan


Tahniah kepada skuad bola sepak Kebangsaan kerana berjaya menumpaskan pasukan Pakistan dengan agregat 2-0 di Stadium Punjab, Lahore dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 semalam. Semoga pencapaian skuad bola sepak negara akan terus meningkat dalam mengharumkan nama negara Malaysia.

muahh... XOXO

Lagi berita di Kosmo! :)

Bell - semangat nak beli jersi Malaysia kuning hitam nombor 10 :) hehehe


My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)