Sunday, December 20, 2009

[Electric, Acoustic & Classic Guitar]

Pelbagai jenis gitar dan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. 
3 jenis gitar yang paling umum :


a) electrical (gitar elektrik)
Seperti nama, gitar Ada peluang memerlukan elekrtik untuk berbunyi. (kalau takde letrik pun bunyi jugak, tapi bunyi macam nyamuk la) Kebanyakan genre lagu moden hari ini menggunakan gitar letrik. Rock, Metak, Punk, Alternative, Blues, R&B misalnya antara genre yang tak sah kalau takde electric guitar.




Kelebihan gitar elektrik :
(i) Senang dimainkan kerana fretboard (fingerboard) yang kecil dan nipis serta lebar string yang lebih halus dari tali untuk gitar elektrik.
(ii) Skop music yang lebih luas kerana boleh ditambah dengan effect seperti distortion, reverb, delay, wah etc.
(iii) Banyak variasi bentuk gitar elektrik. Antara body type yang biasa dilihat seperti stratocaster dan telecaster type (Fender) atau Les Paul dan Fliying-V type (Gibson). Ada jugak gitar yang unik seperti double-neck (twin) guitar, 7-string guitar etc.
(iv) Mudah dari segi maintenance dan repair. Masalah yang selalu dialami oleh gitar elektrik seperti pickup tidak berfungsi, volume knob tak betul misalnya, selalunya kurang masalah body berbanding gitar akustik. Nak tukar electrical parts lebih mudah dan tidak mahal.


Kelemahan gitar elektrik:
(i) Kena ingat kalau nak beli gitar elektrik, kena beli jugak guitar amp. So kena masukkan amp dalam budget. Bagaimanapun, guitar amp kecil (10W-30W) dalam lingkungan harga RM50-250 biasanya sudah cukup bagus untuk permulaan.
(ii) Guitar elektrik dan guitar amp adalah seperti irama dan lagu – tak dapat dipisahkan. Portable-wise, gitar elektrik bukan lah satu pilihan yang tepat seperti untuk bawak pegi pantai dengan member misalnya. Kena pikir jugak kat mana nak cucuk plug untuk amp.
(iii) Sesetengah gitar elektik terutama yang terlalu murah, mudah lari tune walaupun tak semua. Masalah lari tune adalah syarat wajib yang harus dielakkan semasa main gitar.


b)  acoustical (gitar akustik atau lebih popular dengan gitar kapok)
Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon).


Kelebihan gitar akustik:
(i) Boleh dimainkan tanpa amp.
(ii) Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.)
(iii) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings.
(iv) Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre.
(v) Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat.


Kelemahan gitar akustik:
(i) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela)
(ii) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars.
(iii) Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat..
(iv) Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar.


c) classical (gitar klasik)
Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon.


Kelebihan gitar klasik:
(i) Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique.
(ii) Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan.
(iii) Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate.


Kelemahan gitar klasik:
(i) Genre muzik yang agak terhad.
(ii) Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel.
(iii) Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal.
(iv) Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM.


p/s : info diambil dari  http://www.zairul.com/tab-kod-gitar/panduan-membeli-memilih-gitar/  
wbsite ni sgt bagus utk sesaper je yg ingin mmbeli/memilih gitar.. =)

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)