Thursday, May 27, 2010
Jadikan ia sebagai pengajaran
Hari ini rasa ada sedikit ketenangan dalam hati saya. Bukan semalam dan hari-hari yang lepas tak tenang, tapi selepas tamatnya peperiksaan Fizik hari ni saya rasa sesuatu yang telah saya rasa tak nak ulangi perkara yang sama. Berubah ke saya?? Mungkin.. Ye lah, apa yang telah terjadi kat saya sebelum ni telah saya ambil ia secara positif. Biarlah apa yang orang nak kata, saya tak kisah asalkan saya bahagia... Saya tahu apa yang orang memperkatakan tentang saya, tapi biarlah nak kutuk ke, biar antara dia dengan Tuhan. Saya tak nak jadi pendendam ke, apa ke, semua orang membuat kesilapan. Teruja saya apabila ada insan lain yang ingin berubah, saya sudah pun memaafkan insan tersebut dan berharap perubahan tersebut sebagai lembaran baru dalam hidup dia. Tak perlu untuk simpan dan marah terus menerus tapi sebaliknya memberi peluang kedua untuknya. Walaupun perkara yang telah dia telah lakukan terhadap saya tidak seteruk apa yang dia lakukan kepada orang lain, sehingga melibatkan rakan sendiri, saya memahami situasi tersebut dan berharap dia tidak mengulangi perkara yang telah mencemarkan nama dia dan memberi komitmen seratus peratus dalam tugasan yang diberi. Saya juga berdoa agar perkara yang ingin dihajati itu akan termakbul demi kebaikan dirinya. Tak sabar pula nak tengok perubahannya. Insya Allah minggu depan. Bagus juga ada orang menyedarkan dia. Harap dia ikhlas apa yang dia ingin hajatkan. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Bukan saya nak kata saya ni baik, tapi apa yang berlaku padanya memang saya kasihan. Itulah, nama pun manusia kan..Saya cuma boleh jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
- BeLLa
- Puchong, Selangor, Malaysia
- Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)
No comments:
Post a Comment