Thursday, January 27, 2011

Lambakan laman sosial.

Salam 1 Malaysia =)

Kalau kita lihat laman sosial sekarang ni masing-masing berlumba nak buka akaun. Ye lah, dengan benda alah ni la kita nak berhubung dengan kawan-kawan, guru-guru sekolah, sanak saudara, teman istimewa kita....ye dak? ha, dengan omputih, om Bangladesh atau dengan makhluk mana-mana pun kat Bumi ni pun kita boleh berhubung. Kiranya boleh jumpa kawan baru la :) Ade orang tu pulak, dengan adik-beradik kat rumah pun nak chat jugak, sebab masing-masing ada laptop. Fungsi laman sosial ni memang banyak. Tak perlu disebutkan kat sini pun ramai dah tahu.

Antara yang popular ialah Facebook.


2. Myspace dengan perubahan terbaharunya. (takde la baru sangat)


3. Twitter - The best way to discover what's new in your world


 4.Tagged - Find your friends. Meet new people.



 5. myfriends2u - always keep in touch



7. MyKawan  - Welcome to MyKawan Community



 8. Tidak ketinggalan,  1Malaysia - connecting people to people

  


1Malaysia hanya menghubungkan komuniti di Malaysia sahaja, tidak mengira kaum, agama, budaya, warna kulit dan adat resam ye.

1Malaysia ni cik Fata la yang kenalkan kepada rakan-rakan di Facebook dia.
Termasuklah Bell sendiri. Haha. Kalau tak, Bell memang tak perasan benda alah ni wujud. Arigato gozaimasu !



saya dah cuba. anda bila lagi?

yang bawah ni pulak cik Fata punya ^^


 ha, yang bawah ni skandal cik Fata.

ala, main-main saje..
jangan marah :P

 

Berkata serentak; "kami dah cuba, anda bila lagi?"


Sebenarnya banyak lagi laman sosial yang mungkin kita tak perasan. Banyak manfaat yang kita boleh dapat kalau kita menggunakannya dengan sebaik-baiknya ^^




Tuesday, January 25, 2011

Burj Khalifa: Bangunan tertinggi di dunia



BURJ KHALIFA, Dubai


Info Burj Khalifa
  • dirasmikan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada 5 Januari 2011 yang lalu dengan letusan kembang api, terjun payung, dan pancuran air dari air terjun tertinggi di dunia. 
  • Adrian Smith merupakan arkitek Burj Khalifa
  • Menara Burj dibina oleh Emaar Properties itu adalah sebuah pemangkin yang telah mencipta sebuah persekitaran menegak termasuk pembangunan bahagian dasarnya seluas 500 hektar termasuk untuk Dubai Mall.
  • Burj berketinggian 828 meter (2,716.5 kaki)
  • mempunyai lebih 160 tingkat 
  • kos yang digunakan untuk membina bangunan ini adalah sebesar USD 1.5 milion 
  • dibina dalam jangka masa 5 tahun
  • Lebih dari 12.000 orang akan menempati bangunan seluas 6 juta kaki persegi
  • mempunyai 54 elevator yang dapat mencapai kecepatan 40 mil per jam.
  • memiliki sebuah masjid tertinggi di dunia di tingkat 158
  • memiliki kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76
  • memiliki dek observasi tertinggi di tingkat 124
  • terdapat hotel di dalamnya
  • Hotel Armani merupakan hotel pertama yang direka oleh pereka terkenal iaitu  Armani.
  • Burj Khalifa dapat dilihat oleh orang ramai dari jarak 100 kilometer di darat dan 50 mm laut di Teluk
  • Menara Burj begitu besar dan tinggi hingga suhu di puncak mencapai 8 darjah celcius lebih rendah dari di lantai dasar

Rekod dunia
  • Bangunan tertinggi di dunia
  • Struktur berdiri tertinggi di dunia (yang sebelumnya dipegang oleh CN Tower  Toronto)
  • Bilangan tingkat yang terbanyak di dunia
  • Bilangan tingkat 'berpenghuni' yang terbanyak di dunia
  • Mempunyai dek observasi yang tertinggi di dunia
  • Lif dengan jarak perjalanan terpanjang di dunia
  • Perkhidmatan lif yang tertinggi di dunia 

Pemandangan pada waktu malam

 

Lebih banyak lagi gambar di laman Burj Khalifa


 Bell - teramat la tinggi, boleh pening lalat agaknya kalau Bell memandang ke atas (acecece, berangan plak nak pi Dubai!) Tanda-tanda akhir zaman kah (?)
 

Monday, January 24, 2011

Pengalaman pertama.


 Ha..nampak tak ? hehe. apakah ini? ni Bell nak share sikit, malam tadi Bell jalan-jalan kat satu kedai ni, 100 meter je dari rumah Bell. Kedai tu masih dalam proses men-setting-kan barang, jadi dengan rasa ingin tahu, Bell masuk dan berbual apa yang patut dengan owner tu. Adidas? Puma? Converse? Boots? Yeah, itu reaksi pertama Bell. Cantik , walaupun bundle tapi masih tampak baharu. Hehe. 

  Perbualan kami membuatkan hati Bell melonjak keriangan apabila owner tu tersentak memberitahu beliau sedang mencari pekerja. Haha. Apa lagi, rumah dengan kedai pun dekat. Ada chance ni, tak payah keluarkan bajet untuk minyak. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak rezeki ku. 

  Diskas punya diskas, ibu dan ayah juga setuju. Telefon Encik Tasriip. Oh, ok . " Hari Rabu ni datang kedai, kita kemas kedai ". Cantik ! 
  Well, dalam masa yang sama, Bell rasa terharu, gerun, semua ada lah ! Hrm, mampukah aku menjaga amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan nanti? Satu hal pulak, customer yang akan masuk tu nanti kebanyakannya lelaki ! ergh ! Takpe, takpe, Bell nak cari pengalaman bekerja untuk KALI PERTAMA ! gaji aku tak kesah, janji ada
Ya, seumur hidup asyik berkepit manja bawah ketiak mak, sekarang pulak nak bekerja dengan orang ! OK, ini pekerjaan sambilan sebelum melonjak ke menara daging gading pada bulan Julai, Insya Allah bak lagu Maher Zain :) ye la, sebelum menunggu keputusan SPM sebenarnya :) Doakan saya ok :)

 Nasib kedai bundle kasut berjenama tu dekat dengan kedai mak. Apa-apa jadi, mak ada. Hehe. Ok, officially akan mula pada 1 Februari 2010 . jaga kaunter mula pukul 11 pagi hingga 7 petang, malam ganti orang lain. Wah,, saya teringat itu KOPERASI SEKOLAH :'-(

 Kebanyakan kasut yang dijual adalah kasut sukan, kasut kulit utk para pekerja, kasut sekolah Converse, boot lelaki dan wanita dan banyak lagi lah. Diskaun ada. Haha, ter-promote la pulak :P Jangan lupa datang :) Gambar2 kasut dan alamat kedai akan di-update kemudian. Haha

:)

Saturday, January 22, 2011

NajwaLatif ? ergh! I love her voice !



Hrm. Mesti ramai dah tahu milik siapa gadis yang suaranya lunak dan bakatnya bermain gitar dalam laman Youtube, amat mengagumkan !

Ya! Kali pertama mendengar suaranya di Youtube dengan lagu Kenapa by Daus (cover) membuatkan Bell tertanya-tanya berapakah umur si gadis manis ni. Suaranya memang comel giler! 

cute nya! 

Najwa Latif atau nama penuhnya Imratul Najwa bt Abdul Latif rupa-rupanya berumur 16 tahun. Memang awesome habis lah ! Kini memang ramai berceritakan tentang dirinya dengan bakat nyanyiannya dan bermain gitar plus cemerlang dalam pelajaran. Wahh !

Kalau nak dengar lagu-lagu yang di-cover-kan oleh Najwa, bolehlah terus ke link NajwaLatif di Youtube Channel ! Lagu yang diciptakan sendiri pun ada tau ^^ Carta Hati <3

Atau boleh terus ke blog Najwa Latif atau Facebook page beliau :)

p/s : suara dia memang comel  ^^

Thursday, January 20, 2011

Moonlight ^^


MOONLIGHT 
by Nabilah Salehan

See the moonlight outside
up in the sky
someone is staring at you 
from eye to eye
spirits are sharing each other
and you can feel better
just for you, my dear

See the moonlight outside
up in the sky
I will be there
our memories will not forgotten
my heart always has you
take care and I love you !


.: please read with the full of feeling at midnight :.

Thanks ^^

This is for you :)

Contest Blog Paling Comel, Cantik dan Kemas



Contest ape ni? Bella tau pasal contest ni dari blog wamozuwaha lah. Hehehe. Then, masuk plak ke blog Farzana Farzanto. Terpaku sebentar melihat contest ni. Hehehe. Ramai jugak yang turut serta. Agak-agak boleh menang ker? Hrm, tak ape, menang atau kalah adat pertandingan. Kita hanya mencuba dan berusaha. Ye lah, mentang-mentang la Bella dah tukar template blog ni, rasa macam baru pulak...So, I decide to join this contest lah  ^^

Syarat-syarat penyertaan adalah :-
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.


Jadi, Bella mau tag 5 orang rakan blogger Bella untuk sertai contest ni. Jom !

^ ^



Wednesday, January 19, 2011

Si comel =(

Wahai COMEL,, di manakah kamu ? 
aku masih tercari-cari dirimu di sekitar ruangan,
Namun, apakan daya , 
Hanya tinggal kenangan walau dikau bersama denganku hanya beberapa hari dan kini kau jauh menghilang tanpa khabar.
Hanya kerinduan yang tersemat dalam hati menyelubungi diri.
 

 Comel, yang tidak diketahui usianya.

Lihat, aku jahit sendiri selimut dan bantal peluk hitam semata-mata untuk kau,
Comel.


 Sampai hati kau meninggalkan aku? Masih hidupkah engkau atau sebaliknya? 
Pulanglah ke pangkuanku sekiranya kau membaca entri ini. Semoga kau sentiasa bahagia buat selama-lamanya ~  :'-(




 

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)