Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Satukan semula hatimu...


...yang telah remuk dan serahkannya kepada yang Ilahi :)


 


Patah hati? cantumkan semula okay. :)
Berikan kembali semangat yang telah hilang menenggelami hari-harimu dengan kepedihan, kesayuan, kekesalan dan kecelaruan.
Jadikan hari ini satu sejarah yang esoknya tidak lagi berulang.
Jadikan hari esok hari yang lebih baik daripada hari ini.
Walau hati retak seribu, atasi dengan berjuta langkah.
Allah setia bersama kita. Allah setia menemani.
Walau betapa banyak dosa kita padaNya, 
DIA tetap mahu mendengar dan mengampun.

"Ya ALLAH, jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang sentiasa mengingatiMu di kala susah dan senang, permudahkan segala urusan kami untuk mengerjakan segala ibadahMu, jauhkanlah diri kami dari segala yang mungkar, berkatilah ilmu yang kami pelajari dan berikanlah ketenangan jiwa ini dengan memperingatiMu untuk terus berbakti kepada agamaMu... "



Sunday, May 19, 2013

THANK YOU ALLAH : Maher Zain

 
 
Lets say Thank You and Alhamdulillah :)
 
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah
الحمد لله

Friday, May 17, 2013

Kahwin Muda?




*gambar sekadar hiasan*

Kahwin muda? secara puratanya dalam lingkungan belasan tahun hingga 21 tahun. Siapa yang nak angkat tangan sikit ! *hee :D

Haaa...sapa yang dah mendirikan masjid tu tahniah ye, semoga berkekalan hingga ke Jannah. Amiin..

Berbalik pada topik lah kan agak-agak kan apa pendapat parents korang bila korang tanya "mama, kalau anak mama ni kawin awal ok tak?" 
"hai, dah ada calon ke?" 
"eh, takdelah, tanya je...hehe"

But sesetengah parents akan setuju sebab ... banyak faktor.

1) untuk elak anak mereka berZINA atau hasilkan anak luar nikah (cucu haram la katanya).
2) anak mereka ditangkap khalwat. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
3) anak dah ter-mengandung macam watak EL dalam Setia Hujung Nyawa. (Ya Allah, simpang lah perkara macam ni)
4) nak tengok anak mereka bahagia dengan BF@GF yang sedia ada / pilihan mereka. (hohoho..dah ada ke?)
5) dah tak sanggup nak tengok anak berkepit siang malam. (wowww ! -_- )
6) atau mereka memang dah tak sabar nak timang cucu (anak sulunglah katakan)
7) atau faktor-faktor lain yang tersembunyi. -..-'

Dan..ada jugak yang tak berapa nak setuju atau memang betul-betul tak setuju. ( kata mak, "haa nak kawin muda? langkah mayat aku dulu...!!" )
Apa sebabnya??

1) "Nak..habiskan belajar dulu, kawin tu dah habis belajar pun boleh.."
2) "Kau ni muda-muda lagi dah fikir nak berlaki !!"
3) "Kau ingat kau dah matang sangat ke nak kawin muda ni hah?"
4) "Oh, dah banyak ke duit lelaki tu nak tanggung kau nanti? Mak taknak anak mak ni nanti makan nasi lauk ikan bilis je hari-hari..."
5) "Tak payah dulu lah nak..usia muda ni kena enjoy dulu puas-puas. Nanti dah berlaki susah nak bebas dah."
6) "Duit kau dah banyak ke nak bagi anak bini kau makan nanti?"
7) "Sejak bila mak ajar kau muda-muda lagi dah pandai bercinta sana-sini?Belajar dulu, lepastu kerja.. Mak nak tengok kau berjaya. Ingat sikit pasal mak ni, siang malam membesarkan kau, nak.."

Haaa..agaknya apa pulak respon parents you'all?
Macam Bella, mak suruh habiskan belajar dulu, lepastu kerja..haa barulah boleh kahwin..hihi :)

TAPI TAPI apa yang pasti dan TERPENTING !, biarlah pernikahan/perkahwinan itu seiring dengan niat untuk mendapatkan barakahNYA bagi melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Dan semestinya mendapat restu kedua orang tua kita yang masih hidup... Insha ALLAH.



JAGA HATI, IMAN KITA


Alhamdulillah..buat masa sekarang ni, semua berjalan dengan baik. Mudah-mudahan hingga keakhirnya okay. Kami dah puas bergaduh, merajuk, so sekarang ni kami nak jalani hari-hari mendatang dengan ceria dan bahagia. Aku tak boleh nak pentingkan diri lagi, aku dah banyak lukakan hati dia, semua yang aku buat selama ni semata-mata ingin melihat sejauh mana ketulusan hatinya terhadap aku. Aku bukan mudah untuk mempercayai seseorang lelaki tu, dan kini aku dapat meneroka hatinya hampir 100%. Kesian dia, sekarang kesihatan dia merisaukan aku, dia tak boleh penat sangat, nanti akan sesak nafas. 

Aku dah cerita pada dia, apa yang aku betul-betul tak suka. Bila keluar sama, aku akan pastikan perkara itu takkan berlaku. dan dia tahu dan dah faham. Kita masih mahu mejaga batas-batas pergaulan kita supaya orang tak pandang serong pada kita kan? Kita masih berdiri pada agama kita. Tak semestinya kalau bercinta ‘benda’ macam tuu wajib kita buat kan? dan dia pun dah tahu, so aku harap lepas ni takkan timbul lagi isu remeh-temeh yang menyakitkan hati lagi :) Insya Allah, mudah-mudahan iman kita terpelihara..

Aku amat sayangkan dia, aku amat mencintai dia. Ya Allah..kuatkanlah hubungan kami. Sekiranya dia bakal menjadi pemimpin dan pelindungku, kuatkanlah ikatan kami. Kuatkanlah hati kami menempuh segala dugaan dan ujian daripadaMU, KAU satu-satuNYa Maha Mengetahui dan Maha Kuasa dalam menentukan segala-galanya.

Sunday, November 4, 2012

I AM SORRY.

Dear, 
Thanks to be understand me what I have face now,
with my situations and problems.

Dear, 
I know you were sad,
I've made the last minute decision yesterday.
And you said, "Its okay. I understand you."
But Allah knows what is inside your heart.
He knows your feeling.
even though I could not see it, but I can feel it.
YES, I can feel it.

Dear,
Dont be sad we cant meet today, 
there's an another chance waiting for us sooner.
Insha Allah, IF ALLAH WILLS.

Dear,
Thanks again to make my life happy now and guide me to be the best.
You always say that you want to be the best for me.
ALWAYS.

Dear,
As long as you are with me,
I will be with you,
and my mom blessed us.
I hope you love me because of ALLAH,
to get His blessing too.

Dear,
waiting for me..
And,
I am truly sorry for everything.

LOVE, your B.

Tuesday, October 16, 2012

Kisah cinta lagi ^__^


Assalamualaikum..

Antara pengisian di bawah ini diambil pada satu halaman di Facebook. Menarik untuk dikongsikan..

CINTA
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.

A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa.

serius, statement ni buat orang takut nak kahwin je kan? -.- tapi memang lumrah kehidupan selepas kahwin ye tak? Amboi. . Macam lah Bella ni pernah mengalaminya kan? Tapi memang benarnya situasi sebegini.. orang-orang tua selalu kata, "mula-mula kahwin memanglah manis, kentut pun wangi.. kalau dah bertahun-tahun..tengoklah.. kita dah lama hidup, tahu lah......"

Amboii.. bab kahwin ni mana boleh buat main-main makcik. Satu doa tu. Kalau niat kita kahwin untuk mendapat keredhaan Allah dan zuriat yang baik, insya Allah bahagia kan? tapi Bella belum jumpa calon yang sesuai.. macam mana ni? Haha. Relax je la..belajar pun belum habis lagi. Kita bersahabat lagi best kan? :)

Macam mana pulak situasi orang bercinta? wah..mesti ada di antara kalian ni bercintan cintun sampai putus cinta kan? Tak payah nak sedih sangat la, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Semua orang ada kebahagiaan masing-masing. Kalau dah takda jodoh dengan orang tu, Insya Allah jodoh kita dengan yang lebih baik kan? Kita tetap bahagia bukan ? Bukan ayat untuk menyedapkan hati, Bella pun pernah mengalaminya..sekadar pendapat dan ia adalah sesuatu yang telah membuka minda Bella. Bila kita rasa chemistry atau keserasian kita makin berkurang dengan seseorang tu mungkin itu jalan yang terbaik daripada terus saling menyalahi dan menyakiti. Kita tak boleh paksa hati kita untuk teruskan. Mungkin Allah telah memberi ruang pada kita untuk mengkaji diri sendiri dan adakah cinta sedemikian yang kita mahukan sebenarnya? 

Dan pada pendapat Bella sendiri, Bella rasa lebih tenang dan selesa dengan kehidupan sebegini. Seriously, Bella rasa something yang lain sangat kalau dibandingkan bercinta dulu. Kita bukan nak menyalahkan pihak lain sebenarnya, ini melibatkan diri sendiri. Macam Bella sendiri, kehidupan single sebenarnya akan mengajak kita untuk lebih dekat kepada Tuhan. Kalau kita sukakan seseorang pun, biarlah kita bersahabat dahulu. Dalam masa yang sama, kita tak hipokrit, dosa tak melayang. Tentang jodoh, biar Allah yang tentukan. Insya Allah, sudah tiba masanya, ON ajelah ;) 



Steamboat time !!


Assalamualaikum..

my lovely roommate, Mira manja :) has been tagged me :) 
kamsahamnida, dongsang! sarangheyoooooo~ 


 



Sharing is caring okayy and I would like to sharing our memorable moments together at Steamboat restaurant in Arau, Perlis last night!

my roommates, Mira and Nad :) they are always cheering our room :D
Love both of you !

Nad with her 2nd "home'' room mate, Marni :P


 Lily :)


and....Ain :D


Nyum nyum ~
steamboat.. beef, chicken meat, crab ball, sausage etc..bla bla bla







practices eating with chopstick :D 



^___^

sayonara ! see you on next semester. Take care girls :)

Sunday, October 14, 2012

Cinta Zaman Sekarang



Cinta itu terlalu subjektif. Cinta adalah suatu perasaan yang dianugerahkan Tuhan yang tak ternilai harganya malah cinta juga memberi kita kebahagiaan, kegembiraan dan kenikmatan yang tidak mudah diungkapkan dengan kata-kata. Sukar bagi kita mendalami erti cinta yang sebenar-benarnya. 



Namun hakikatnya zaman era globalisasi kini kebanyakan masyarakat menyalahgunakan perasaan itu terutama cinta terhadap manusia. Memang cinta itu indah. Manusia sememangnya layak untuk mencintai dan dicintai. Tapi cinta zaman sekarang semua cinta yang merosakkan. Cinta yang membawa kepada kemudaratan diri sendiri dan merendahkan martabat agama itu sendiri. Cinta nafsu semata-mata. Kenapa semua tak sedar? Kenapa bila dah terjadi baru nak menyesal, baru nak menunding jari kepada orang lain? 





Mungkin bicara ku ini akan membuat orang sakit hati, tapi sampai bila? Tanda-tanda kecil kiamat sudah ternyata, penzinaan makin berleluasa. Serius, bukan nak emo pagi pagi buta ni, tapi bila terbaca alkisah tentang pembuangan bayi di dada-dada akhbar mahupun di alam maya, rasa sebak dan kecewa menggelumang diri. Kasihan pada makhluk Allah yang tak berdosa dicampak dan dibunuh. Di manakah sifat keperimanusiaan itu? Tidak takutkah pada Allah? Sedangkan haiwan lagi menyayangi anaknya. Subhanallah. Bertaubatlah sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah sentiasa membuka ruang bagi hambaNya yang ingin bertaubat.



Namun kita sebagai manusia biasa (termasuk saya) yang banyak kekhilafannya hanya mampu berdoa agar iman di dada kita sentiasa kuat bagi menghadapi dugaan dunia yang penuh pancaroba. Tak guna ada kekasih kalau sekadar untuk suka-suka. Biar niat di hati untuk menikahinya dan dalam masa yang sama, lindungi dirinya dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa dan merendahkan martabat serta harga diri. Biar hina di mata manusia, tetapi MULIA di sisi ALLAH. Insya Allah..

Maafkan segala kelanjuran kata-kata yang mengguris perasaan sesiapa. Tiada niat di hati untuk menghina atau menjatuhkan air muka sesiapa. Manusia punya pendapat masing-masing kan? Anda juga :)

Eh? cinta kalau dipupuk selepas nikah...lagi SWEET kan? =)

sumber: melayukini.net


Assalam..


Saturday, April 2, 2011

for you, friend :)

Assalam..

Eh, hadiah untuk sape ni? :D
.
.
.
.
.
.
.
.

 

eksklusif Bell buat segala bagai ni, first time pulak balut dengan cara gini untuk orang tu, haha ... untuk org yang pernah Bell sayang lah..tapi dia dah takde dalam hati Bell ni. Cuma sbg kawan je.huhu 


eheh, budak ni pun nak nyibuk gak :D


jiran sebelah kedai kasut Bell, tempat Bell kerja :) 
Agus dari Indonesia :D


Happy Birthday to you ! 24 Mac 2011 :)


Bell sengaja letak kat sudut tu. Hanya menantikan dia datang dan berdiri di depan Bell ^^ rindu sesangat ! :) 


Monday, March 21, 2011

CINTAmu bukan MILIKku

28 Dis 2008 - 26 Mac 2010 - 28 Sept 2010 - 17 Mac 2011

Cinta itu sememangnya adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Esa. Tapi kita tak dapat nak menafikan bahawa cinta itu sentiasa membawa kebahagiaan selain mengajar kita untuk lebih memahami erti sebenar kehidupan.
Cinta kepada Allah adalah cinta untuk selamanya.
Cinta kepada agama adalah sentiasa, tak kira masa.
Cinta kepada kitab dan rasul adalah cinta yang agung.
Cinta dan sayang antara ibu bapa dan keluarga selalu disanjung.
Cinta kepada alam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan memberi ketenangan di jiwa.
Sayangkan sahabat, cinta yang erat dalam persahabatan.
Tapi cinta kepada kekasih hati, adakah ia cinta sejati?

 Manusia bisa berbicara, merancang dan memahami insan lain tapi dalam masa yang sama, tuhan yang menentukan. Takdir yang tertulis itu adalah yan perlu diterima. Terima dengan hati yang ikhlas dan redha. Sekiranya bukan dia dalam kamus hidup, jadi dia bukanlah milik aku. Ah.....sekadar untuk menyedapkan hati nurani saja ! Tapi kisah itu (cinta) tak sama jalan ceritanya. Umpama plot penceritaan dalam sebuah cerpen mahupun novel.

Permulaan cerita tentang dua insan yang kononnya baru hendak mengenali hati budi masing-masing. Perkembangan ceritanya pula mereka mula melalui dan merasai bibit-bibit cinta dan mula untuk bermadu kasih. Masuk 'part' perumitan cerita, pelbagai pula permasalahan yang timbul dan memerlukan perbincangan yang baik antara 2 pihak. Kalau tak dek orang ketiga, mungkin dari halangan orang tua ataupun berpunca daripada sikap mereka itu sendiri. Puncak cerita pula adalah cara mereka menyelesaikan masalah tersebut dan perancangan seterusnya. Daripada penyelesaian, peleraian yang menentukan sama ada hubungan itu kekal atau sebaliknya....

Kisah aku?
Tuhan sahaja yang tahu hati kecilku ini...
Tapi tak bisa meluahkan, hanya sekadar renungan. Mungkin kerana usia, masa yang tidak sesuai atau hati yang telah pudar ? 
Aku sentiasa mendongak ke atas melihat bulan. Kadang terang sinarnya, kadang samar-samar dilitupi awan malam...

Tapi itulah yang sering berlaku. Dia berkata kepadaku begitu. Keadaan bulan yang menunjukkan perasaan aku. Begitu kah? Kau yang terlalu taksub sehinggakan membandingkan aku dengan bulan itu. Bulan Mac juga yang menjadi plot permulaan dan peleraian. Tapi aku terkilan, kenapa? Ya, aku masih lagi teringat bait-bait lagu 'Baik-baik Sayang' yang menjadi peneman sepanjang kau bersama aku. Lagu Wali Band jadi lagu kita. Bila teringatkan balik memang lucu. Aku nak tidur, kau nyanyikan. Aku masih lagi simpan video lagu-lagu Wali Band kat dalam pc. Syahdunya !

Aku tahu kau takkan baca entri ni sebab kau jarang online kan ! Mungkin kau tak tahu aku sebenarnya gembira bila kau kata kau takde Facebook sebab aku tak nak kau chatting dengan orang lain. Tapi aku tahu kau takkan buat begitu sebab aku dah kenal kau, J ! Harap-harap lepas ni kau pun dapat orang yang lebih baik daripada aku. Aku dah terima takdir ini kerana cintamu kini bukan lagi milikku....


Thursday, February 17, 2011

Ucapkan tanda cinta dan sayang :)

........sedang hatiku berbunga-bunga sambil memandang cahaya bulan purnama yang begitu syahdu di langit dek insan yang bernama.........?

Bisikan: Ehem, sudah sudah le tu....termenung jauh nampak?
Bell: Ha??  -_-' ( habis 'feeling' aku )

Apa lah dah jadi dengan Bell ni? Kemaruk agaknya :P

Biarlah, apa kata mulai saat ini kita mengucapkan sepatah dua kata kepada insan tersayang kita, bukan sekadar kepada kekasih jer, ibu ayah adik abang kakak nenek datuk juga turut serta. Rakan-rakan tak ketinggalan! Ucapan 'I Love U', '1 4 3' atau 'Aku Cinta Padamu' sudah ketinggalan. Agak-agak kalau kita ucap 'hum tumhe pyar karte hae' kepada mereka, sweet dan romantika tak ? <3 hehehe

Ucapan dalam bahasa-bahasa yang lain pun ok jugak ! :)

Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe
Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda
Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig
Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik hâld fan dy
Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe (Thanks Craig)
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw
Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru
Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo
Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto
Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!
Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram
Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort
Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Surinam - Mi lobi joe
Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu
Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)
Welsh - 'Rwy'n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe

Ok dear, hum tumhe pyar karte hae ! See u next time :) mahu tidur~ Zzzzzz


Thursday, January 20, 2011

Moonlight ^^


MOONLIGHT 
by Nabilah Salehan

See the moonlight outside
up in the sky
someone is staring at you 
from eye to eye
spirits are sharing each other
and you can feel better
just for you, my dear

See the moonlight outside
up in the sky
I will be there
our memories will not forgotten
my heart always has you
take care and I love you !


.: please read with the full of feeling at midnight :.

Thanks ^^

This is for you :)

Wednesday, January 19, 2011

Si comel =(

Wahai COMEL,, di manakah kamu ? 
aku masih tercari-cari dirimu di sekitar ruangan,
Namun, apakan daya , 
Hanya tinggal kenangan walau dikau bersama denganku hanya beberapa hari dan kini kau jauh menghilang tanpa khabar.
Hanya kerinduan yang tersemat dalam hati menyelubungi diri.
 

 Comel, yang tidak diketahui usianya.

Lihat, aku jahit sendiri selimut dan bantal peluk hitam semata-mata untuk kau,
Comel.


 Sampai hati kau meninggalkan aku? Masih hidupkah engkau atau sebaliknya? 
Pulanglah ke pangkuanku sekiranya kau membaca entri ini. Semoga kau sentiasa bahagia buat selama-lamanya ~  :'-(




 

Monday, October 11, 2010

masih terbayangkan wajah kamu


Saat-saat manis yang kita pernah lalui masih lagi aku rasai apabila kau berkelakuan seperti SUPERHERO membawa ku terbang selaju ADRENALIN ke SEMESTA pada waktu malam semata-mata untuk menyatakan hasratmu untuk BENCINTA denganku. Aku tiba-tiba berasa GEMURUH kerana aku bukanlah seorang yang MAHAKARYA CINTA. Aku CUBA untuk tenang dan tidak seperti BATU & GOLEK, tetapi kau telah menyanyikan lagu SELAMAT MALAM untukku. Alangkah indahnya alunan MUZIKmu pada waktu itu sehingga diriku HANYUT. Semuanya KERNA KAMU. Adakah semua ini KARMA apabila akhirnya KASIH TERCIPTA antara kita? Namun, kini AKU PUNYA KAMU dan aku akan sentiasa berada disisimu SAMPAI SYURGA.....


:)

Tuesday, May 25, 2010

Dealova :)




Dikau menerangi kelamku,
Kau umpama bintang,
Jatuhnya aku di sini,
Saat ku pilu dan hiba,
Bintang jua menemaniku,
Luahan kata-kata saktimu,
Kau membawaku terbang,
Terbang ke cakerawala,
Bagaikan Superman dan Lois Lane...

Kau yang ku teringatkan,
Ku bermimpikan suaramu,
Menjejaki hidupmu dalam lagu,
Melodi indah gitar klasikmu,
Terpesona di kalbu,
Kau selalu ada,
Dealova milik kita...  ^_-

Friday, April 2, 2010

Cinta Sempurna :D



Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo


p/s : fallen in love maybe ?? :)

Saturday, March 27, 2010

just aSk mySelf

26th March 2010 09:35 PM
OMA !!!! someone in my heart??? wooohooo.... ♥ ♥ twink twink ;D

Monday, March 8, 2010

sempurna *.*

Jauhnya di sudut hati               Adakah aku akan dapat                     
Dia pergi tanpa kata                 jawapan daripadanya?
Aku tertanya-tanya                  Kini aku sedar
Apa motifnya?                         Setiap langkahnya pergi
Aku tak mengerti..                  Aku tersenyum sendirian
----------------------                  Tatkala ucapan lucunya
Hati terdetik seketika              Keprihatinannya
Mengapa aku?                          Gelak tawanya...hahaha
Aku tak berupaya..                  Ya, amat lucu sekali  ;)
Aku tahu dia setia                   ------------------------------
Tulusnya dia                           Dan aku sedar               
bicara soal hati                      Aku amat merinduinya...
dan kehidupan
Dia amat sempurna...

Thursday, January 21, 2010

cerita CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!
Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....
Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman masih paling berharga...

Monday, January 18, 2010

Dia??

Yup, aku rasa orang yang telah muncul dalam hidup aku telah mmbuatkan smangat yang berkobar-kobar dalam diri aku..aku mengenalinya hampir dua tahun..namanya hanya dikenali sbagai.. **** haha..mne boleh bagitau..
mungkin pada mulanya aku tak berapa suka pada dia sebab..kononnya dia nak ambil hati aku..dan menjadi **** **** dia..huhu..rilex la beb..kita masih bersekolah ye...dan selepas itu,hampir setahun kitorang tak contact..dia xcontact aku, dan aku xcontact dia..bagus la..
setahun selepasnya, aku dihubungi oleh 'beliau"..wakaka..dia nak ape??
well,kita akan mnjadi teman sejati yg xde prasaan apa2 antara kita melainkan kawan..huhu

hmm..tapi aku ingatkan dia marah kat aku psal bnda ni..ternyata tidak sama sekali..haha bersyukurnya aku..perhubungan kami sperti sedia kala..skg ni,masing2 busy dengan hal sendiri..dia kerja,aku sekolah..huhu..apa pun,baru2 ni dia ada call aku..sperti biasa,bertanyakan khabar,hal2 sekolah..ada la jugak bagi nasihat n motivasi utk SPM aku tak lama lagi..gerunnya..dia pun dah bagi kata2 smangat kat aku..biasa la,org dah lama mninggalkan alam persekolahan..dia share je apa yg dia lalui kat sekolah dulu.. “kalau belajar rajin2,gerenti kita akan berjaya, nanti nak sambung blajar ke luar /dalam negara ke senang..kalau tak rajin belajar,macam mane nak berjaya??”.. “kalau rasa nak demam, minum 4botol air cap kaki tiga & makan panadol ,kalau waktu malam nak tido,selimutlah diri tu xnak bagi sejuk”..itulah kata2 dia yg xboleh aku lupa smpai la skg ni..btw,aku pun sbnarnya mna pernah jumpa dia selama ni & xpernah langsung tgk muka dia..Seriously…tapi,katanya mgkin dalam msa 4 tahun lg, dia akan singgah ke rumah aku..huhu..ohh,NO!!    ?_?  ~~Ermm..mungkin sesiapa antara korang yang terbaca blog aku ni yang amat meminati muzik & drum..bagilah tau aku erk..sebab kwan aku yang bernama **** ni mahu mnjual satu set drum nya dengan harga RM ****.00..tunai..harga,aku bagitau kepada sesape yang berminat jer..=) TQ
My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)