Showing posts with label patriotik. Show all posts
Showing posts with label patriotik. Show all posts

Monday, August 30, 2010

Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan keramat Bapa Kemerdekaan serta Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
"Merdeka"
dari segi bahasa membawa maksud bebas. Namun, dari segi istilah pula bermaksud bebas daripada segala penjajahan dan anasir-anasir jahat.

Marilah kita sama-sama sebagai rakyat 1Malaysia dan generasi pasca merdeka bersyukur dan berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanan para pemimpin dan perajurit kita yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air yang tercinta ini daripada penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Tanpa mereka, kita mungkin masih hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak aman dan tidak mungkin seperti yang kita kecapi pada hari ini. Segalanya berubah dari hari ke hari, tahun ke tahun. Kemudahan, teknologi, dan pendidikan semakin bercambah dan maju dek negara yang semakin membangun. Kini semakin ramai yang menjadi pelapis-pelapis negara untuk meneruskan serta mengekalkan kemerdekaan ini daripada dijajah semula. Saya juga mengingatkan diri saya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas segala yang berlaku dan jadikan ia sebagai satu semangat untuk mengekalkannya. Sebagai remaja juga perlu bebas pemikiran daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif seperti gejala sosial yang kini semakin menular dalam negara kita. Oleh itu, kemerdekaan ini haruslah dikekalkan dan penuhinya dengan perkara-perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada negara Malaysia khususnya selaras dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan 2010 kali yang ke-531Malaysia Menjana Transformasi .



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-53 ! 
MERDEKA! 




p/s: Hari ini saya baru memenangi Pertandingan Esei Patriotik tempat pertama bagi tingkatan 5 di sekolah :)

Thursday, July 15, 2010

saya bakal Wirawati harapan bangsa !

hoolaa..sy telah mengambil bahagian dlm Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) pada hari ini...wah,, sungguh terharu! soalannya cukup mudah untuk menjawabnya. Kalau exam sebenar, memang failed lah jawabnya..haha'' ingat kalu tak baca buku pun boleh jawab sebab fikir2 mesti soalannya basic seperti 1+1 punya. Tapi rase menyesal pun ade sebab tak baca buku..hehe..ye lah, soalan macam exam pertengahan tahun jugak. Pengiraan, periodic table (my fav topic) etc... :) tapi saya suka ! <3 Chemistry  . . . hehehe


Btw, status calon untuk ke PLKN sudah pun keluar..jadi apa lagi, kami warga2 senior lagi comel ni berpusu-pusu beratur la kat website NS tu,, pergghhh...dasyat!! jam giler...sampai tak bernafas dah aku! (takpe klu pengsan ade org boleh angkatkan..he3) ... mmg slow gler la...mna tak nya, beribu2 student nk pergi check..ish3....sepatutnya pihak yg berwajib perlulah mengadakan laman web tambahan PLKN bagi memudahkan para pelajar memeriksa status mereka...haha...mcam rumusan plak..


sudah Nabilah sayang, jgn mengarut lagi...
ok..nak tahu tak,, saya kena pergi PLKN tu!! best tu memang best sebab dapat cari kawan baru (eh,,bukan pakwe tau! gila aperr ~ ~ ), berkawad, menyanyi, melompat, berenang dalam sungai, memanjat, tembak orang, mendaki, duk dalam hutan, dapat elaun, makan makanan sedap 6kali sehari....tapi ibu dan ayah saya tak kasi..
 ibu    : risau keadaan anak kesayangannya di sana, takut kena demam, muka gelap, bermain dalam hutan, jauh dari pandangannya dan akan berasa rindu yg amat!!
ayah : risau sebab keadaan di sana terlalu sosial dan tak mahu saya terlibat dengan kes2 yang terjadi sekarang ni...huh...serius..serius...takkan saya nak buat..........??


ermm..begitu lah....bestnya dapat pergi camping tanpa halangan daripada sesiapa...tapi nak buat macam mana kan, kerajaan yang buat aktiviti tu...kena la pergi jugak..bye2 mama..bye2 papa..hehehe
eh,, sebelum tu,, fokus pada SPM dulu ok? :D 
tapi kepada yg teringin nak pergi tapi xdapat, tak apa....boleh buat permohonan ape...haha..serius..
pastu kepada yg tak teringin nk pergi dan tak dapat,, jangan nak bangga pulak ye! hehehe Xp


Ok guys...senyum sokmo !!
:D peace

Saturday, December 12, 2009

Salam 1Malaysia..!!


Weehoo..akhirnye aku buat blog jgk..1st tyme ni..hehe..
stelah aku pkir2 nak wt ke xnak..ish3..
xpe la..blog ni aku anggap je diari aku yg ke2..
diari yg bley aku share kt sume org..btul x?haha..hmm..ckap psal diari ni..aku mmg pantang gler klu ade org yg amik ksempatan bace diari aku..
i mean my 1ST DIARY (seperti gmbar di atas)..mcam2 "lagenda" yg tertulis di dalam sebuah buku yg xseberapa harganye..hehe
ish..xhormat privacy org langsung!! *tkut plak ade org terasa kt sini ~ ~
kje nak menyelongkar xde sebab..gara2 nk cari diari.. da lame aku perhatikan ni..
klu ye pun nak bce, tunggu aku mati dlu.. *bengang*
xde diari sndiri nk bce diari org plak..
klu memahami xpe la jgak.. *evil smile*
ni da abis bce pegi gelak2 plak..ape da..geram aku..
hmm..sabar je..
ok2..berbalik pada blog ni..
aku brhrap aku akn sntiase update blog ni..
dah lame aku nk creat blog sbnarnye..tp xbrksempatan..
ye la skg ni aku dah bley on9 kt umah, klu x..asyik kt cc je..
k la..sampai di sini dulu..nnti aku smbung blek..hehe





My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)