Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, March 10, 2011

Malaysia vs Pakistan


Tahniah kepada skuad bola sepak Kebangsaan kerana berjaya menumpaskan pasukan Pakistan dengan agregat 2-0 di Stadium Punjab, Lahore dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 semalam. Semoga pencapaian skuad bola sepak negara akan terus meningkat dalam mengharumkan nama negara Malaysia.

muahh... XOXO

Lagi berita di Kosmo! :)

Bell - semangat nak beli jersi Malaysia kuning hitam nombor 10 :) hehehe


Thursday, February 24, 2011

Penyerang Prolifik Negara: Safee Sali



Sebut sahaja nama Mohd Safee Mohd Sali......siapa yang tak mengenali beliau? Kepantasan dan gaya agresif beliau bermain di posisi penyerang, penyerang prolifik skuad bola sepak kebangsaan dan Selangor ini benar-benar telah memikat banyak pihak terutamanya penyokong tegar pasukan bola sepak negara dan mendapat liputan yang meluas oleh media massa berikutan kejayaannya di Piala AFF Suzuki 2010 tahun lepas sebagai penjaring gol terbanyak dan sekaligus melayakkan beliau sebagai pemenang Kasut Emas.

   Dalam pada itu, berkat aksi cemerlang beliau, anak muda kelahiran Kajang, Selangor ini semakin gah sehingga 'dilamar' oleh beberapa kelab bola sepak yang lain dan akhirnya beliau sah menjadi milik kelab di Jawa Barat, Pelita Jaya pada 2 Februari 2011 yang lalu. Beliau berlepas ke Jakarta pada 14 Februari yg lepas dan kini telah pun berada di sana.

   Namun begitu, ramai yang pelik dengan tindakan beliau memilih Pelita Jaya berbanding dengan kelab-kelab besar yang lain, selain menanggung risiko beraksi dalam Liga Super Indonesia (ISL), negara di mana beliau menyemai kebencian rakyatnya, dua bulan lalu.

  Menurut sumber daripada Berita Harian yang saya peroleh di edisi 19 Februari 2011, kenyataan telah dibuat oleh Safee Sali 24 jam sebelum berangkat ke Indonesia.

   "Saya mahu pasarkan diri saya di sana terlebih dahulu. Saingan ISL lebih kompetitif dengan ramai pemain import manakala ranking mereka juga lebih baik mengikut Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA)."

   "Saya tidak mengatakan beraksi di Malaysia tidak baik, namun kita boleh menafikan mereka mereka lebih bagus. Dapat bermain di sana juga sudah cukup bagus, tidak kiralah dengan kelap apa sekalipun. Saya menganggapnya sebagai batu loncatan dan selepas itu, mungkin ada kelab lain mahu memancing saya pula."

   "Terus terang, saya belum puas berbakti untuk Selangor sekalipun meraih pelbagai kejayaan bersama pasukan negeri ini. Saya belum menjulang Piala Malaysia bersama Selangor, malah sasaran untuk meledak 110 jaringan untuk Selangor juga belum tercapai. Oleh itu, saya akan pulang ke Selangor untuk melunaskan janji itu," katanya yang akan menyarung jersi bernombor 10 Pelita Jaya berkontrak selama setahun.

   Di Pelita Jaya, Safee dikatakan bakal dibayar gaji lumayan yang sememangnya antara pasukan yang mempunyai dana besar di Indonesia bahkan mampu menggaji bekas bintang Argentina Mario Kempes, Roger Milla dan Jules Onana.

   "Saya ke sana untuk menimba ilmu. Bukan bermakna di sini tidak boleh meningkat tetapi di sana, saya dapat menambah pengalaman menghadapi pasukan lebih kuat dan ia akan meningkatkan prestasi saya untuk bersaing di posisi utama skuad negara"

   Sebelum berhijrah, pelbagai soalan diajukan naumun soal keselamatan masih menjadi isu utama yang menghantui diri Safee yang ditemani anak dan isteri ke Indonesia.

   "Sukar pada mulanya untuk mereka faham tetapi selepas saya jelaskan, mereka akhirnya mengerti. Karier sebagai pemain bola sepak bukan lama. Umur saya juga sudah menjangkau 27 tahun dan saya lihat inilah masa yang paling sesuai untuk berhijrah. Jika peluang ini tidak saya ambil, sukar untuk mendapat peluang kedua"

   "Mengenai soal keselamatan, setahu saya, jika sudah bermain di sana, keselamatan akan dijamin. Tetapi ia sukar dijangka. Jika ada masalah, keluarga kan pulang ke Malaysia. Sekalipun tanpa isteri dan anak-anak, ia tidak menjejaskan prestasi kerana saya akan fokus untuk bermain sebaik mungkin."

Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan Safee agar beliau mencapai cita-citanya sekaligus meningkatkan prestasinya untuk bersaing di posisi utama skuad negara. Amiin..

Semoga anjakan paradigma penyerang prolifik negara ini akan membuka lembaran baru bola sepak Malaysia :)


Kenali Mohd Safee Mohd Sali :

 TARIKH LAHIR : 29 Januari 1984
UMUR: 27 tahun
ASAL: Kajang, Selangor
TINGGI: 1.70 meter
POSISI: Penyerang
ISTERI: Sabarina Yusuf, 28
ANAK: Nursyaza Syaqina, 3; Nursyasya Sofirna, 1 tahun 3 bulan.

PENCAPAIAN:
 SELANGOR- Piala Sultan Ahmad Shah: 2009, 2010
                    - Piala FA: 2009
                    - Liga Super: 2009, 2010
 MALAYSIA  - Piala Merdeka 2007 (B-23)
                    - Piala AFF Suzuki 2010
                    - Anugerah Kasut Emas Piala AFF Suzuki 2010




PERSATUAN SEPAK BOLA PELITA JAYA (PELITA JAYA FC)               
                           

  
Lokasi: Kerawang, Jawa Barat, Indonesia
Ditubuhkan: 1986
Stadium: Singaperbangsa
Kapasiti: 12 000
Pengurus: Jajang Nurjaman
Liga: Liga Super Indonesia


Lagi berita di Berita Harian


Kredit: BERITA HARIAN 

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia !

 sumber: AFF Suzuki Cup
 yeah ! Tahniah buat skuad kebangsaan kerana julung-julung kalinya Malaysia
mengungguli Piala Suzuki AFF pada 29 Disember 2010 (semalam) selepas menewaskan skuad Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Kejayaan ini semestinya hasil semangat kerjasama antara pemain Harimau Malaya serta tangkapan kemas Khairul Fahmi Che Mat dan serangan terhebat Mohd Safee Sali (3 gol) dan Ashaari Shamsudin (1 gol)     
:D (terharu)

Sekali gus melayakkan Mohd Safee Sali sebagai penjaring gol terbanyak 
Piala Suzuki AFF 2010 :) wahhh

 

Bella - Tahniah sekali lagi buat Pasukan Bola Sepak Malaysia 
dan juga mengharumkan nama Malaysia.... weeehho!! :D

lagi berita di Harian Metro 
 
signature

Sunday, January 24, 2010

Road Run 2010

MERENTAS DESA 2010 !!
yea..this is the last road run for me..the final year..
i will never come back for next year..so sad la... :'-(
for my readers,u know what i mean,right??huhu


tapi..apa yang terjadi semalam,aku mengambil kputusan untuk tidak berlari sejauh 6km...
haih...xtau kenapa...tahun2 yg sebelum nya memang aku lari..


ada beberapa kemungkinan :
1. aku terlupa nak bawak nombor, on the way nak ke sekolah baru teringat..waduh...
2. aku sedang mengalami bberapa simptom, selesema dan batuk...huhu 
    (takut tengah sedap2 berlari,pengsan plak) haha
3. untuk menggantikan Allyia yg tidak hadir disebabkan perkara yg tertentu..
4. tiada kemungkinan yang lain..
5. itu je la kot...


sekadar menolong cikgu untuk memberi makanan kepada guru2 yg hadir shj...
- nasi lemak ayam berempah + air mineral -
bersama Akmar.......
di kelas 1 Zuhrah.... 
kitorang pun dapat makan..sedap.. xD





Pn Chia, Akmar and me


kami budak2 koperasi yg paling SENIOR di SMK USJ 23.. xD
My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)