Monday, January 3, 2011

Tabiat ketika di Pasar Seni, Kuala Lumpur

Hi oulsss :)
semalam Bella ke ibu negara untuk berdating.
eh, bukan, untuk berjumpa dengan ......

JENG JENG JENNNGGG ! 


hehehehe
siapa di sebelah saya?
mak cik saya la..comel kan?
kalau berjalan bukan main ! dah macam model 80an, dengan sunglasses, flat high heels nya.... hihi
dah berbulan tak jumpa ! Rindu banget deh sama kamu :D

yeah, then we were straight forward to Central Market ! :D
my favourite place in Kuala Lumpur
because it is a main attraction for traveller also tourists :)
every time i'm in KL, i will go there. hihi

 
Pasar Seni also known as Pasar Budaya :)

Ha ! this is the one of the art-shop which is impressed me 
 

with the permission from the owner, i've got these :)



 


haha. nampak hidup kan? 
jika anda peminat seni, anda mampu menilainya :)

bella - rasa macam nak pergi CM ni hari-hari. barulah best !


Selamat Kembali ke Sekolah !


 

wahh, sekolah dah kembali dibuka :)
selamat ye!
tak kisah la sekolah mana pun,
zaman persekolahan la yang paling bermakna dalam hidup sejak kita darjah satu lagi sampai la ke tingkatan lima ~
tiada sekolah, tak bermakna lah hidup kita, 
sampai dah tamat zaman persekolahan ni pun masih terbayang-bayangkan
guru kesayangan kita mengajar, kena denda dengan cikgu, rehat sama-sama dengan rakan di kantin, berbelanja di KOPERASI, menghadiri sesi latihan lompat jauh semasa aktiviti kokurikulum, skodeng pelajar junior sambil bermain gosip, mengusik rakan yang sensitif, terkenangkan detik-detik perkenalan bersama 'teman tapi mesra' di perpustakaan...hihi ........

banyak kan? kalau senaraikan lagi sampai esok la tak habis! 
mesti anda juga merasai perkara yang sama dan kadang-kadang tu boleh berlinangan air mata!
rindu , rindu beb !
sekarang rakan2 seperjuangan masing-masing membuat haluan, 
hrmm, tengok adik turun bas sekolah je la ....

Oh ye, kepada yang belum tamat persekolahan tu, 
hargailah zaman persekolahan anda..huhu
habiskan masa yang ada untuk perkara yang berfaedah ok ? !
tak rugi pun. hihi
anyway, selamat menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di sekolah !

Anda mampu mengubahnya .

Adiooossssssaaa !

 Bella -  sedih bila teringat saat-saat manis bersama guru dan rakan di sekolah :'-(
 

Saturday, January 1, 2011

Welcome 2011


Hey Earthlings ! 

I just wanna says
  
 

 especially to all my followers, the bloggers and readers 
and also
YOU !
xoxo

Have a blast  !
hope our dreams will come true
 and
have a wonderful journeys in life 
 peace :)


signature

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF 2010 milik Malaysia !

 sumber: AFF Suzuki Cup
 yeah ! Tahniah buat skuad kebangsaan kerana julung-julung kalinya Malaysia
mengungguli Piala Suzuki AFF pada 29 Disember 2010 (semalam) selepas menewaskan skuad Indonesia dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.
Kejayaan ini semestinya hasil semangat kerjasama antara pemain Harimau Malaya serta tangkapan kemas Khairul Fahmi Che Mat dan serangan terhebat Mohd Safee Sali (3 gol) dan Ashaari Shamsudin (1 gol)     
:D (terharu)

Sekali gus melayakkan Mohd Safee Sali sebagai penjaring gol terbanyak 
Piala Suzuki AFF 2010 :) wahhh

 

Bella - Tahniah sekali lagi buat Pasukan Bola Sepak Malaysia 
dan juga mengharumkan nama Malaysia.... weeehho!! :D

lagi berita di Harian Metro 
 
signature

Tuesday, December 28, 2010

Selamat Ulang Tahun juga.

signature

Hello, Salam..
Hihi..akhirnya saya kembali
selepas tamatnya SPM 20 Disember 2010 yang lepas dan mungkin selepas ni akan merindui zaman persekolahan. Mana tak nye, sekolah kan dah jadi rumah yang kedua selepas rumah kita bersama keluarga, betul tak? Sekolahku Syurgaku .. hihi
Sekolah juga mengajar kita erti suka dan duka, persahabatan dan percintaan, cinta monyet la...haha...tu pun kalau ada :) Eii, rindunya dengan guru-guru, rakan-rakan, staf-staf sekolah.. dah tak boleh nak skodeng lagi...sob sob sob~
serius, kalau boleh nak sambung balik ke sekolah tu, kenapa SMK USJ 23 takde tingkatan 6? haiseyy


Ehemmm!
Berbalik pada tajuk asal..
oh ye! Maxis memberi peluang kepada saya untuk mengganggu makhluk2 di dunia ini dengan panggilan percuma selama sehari pada hari ini dan Celcom 7 hari...cheeewaaaah!
alhamdulillah, genap usia saya 17...haha
tapi ada yang mengatakan saya kelihatan lebih muda daripada usia sebenar!
Apa rahsianya? 
Safia Rania Gold la XD
erm..takde la
tak ade rahsia...haha 


by the way, ade lagi satu ulang tahun sebenarnya.
hari ini.
apa dia? ulang tahun perkahwinan? haha
betul la tu..ulang tahun perkahwinan saya dengan tuttttttt
hihihi...takde la,, gatal


ulang tahun perkenalan saya dengan Azizul bin Abu.
haha tak kenal? memang la sebab dia ni halimunan..
Bella...stop talking nonsense hokeeyy..tak matang2 walaupun dah tujuh belas.
ok la , dia ni kawan lama saya, umur dia,, 2* tahun :D
kami dah kenal baru 2 tahun . Rasa macam baru semalam kenal dia.
dialah sahabat sejati (chewah) yg sentiasa berada di samping saya sewaktu saya terkena ribut, salji, hujan dan panas. hihi 
Semoga persahabatan kita berkekalan yeh? :D
saya tak kisah anda nak cari yang lain (tiba2)
kepada encik Zie, sila sampaikan salam saya kat dia ye? haha




Selamat Ulang Tahun :)

Bella - di dalam mood Aku Rindu Sayang Kamu

:D

Monday, October 11, 2010

masih terbayangkan wajah kamu


Saat-saat manis yang kita pernah lalui masih lagi aku rasai apabila kau berkelakuan seperti SUPERHERO membawa ku terbang selaju ADRENALIN ke SEMESTA pada waktu malam semata-mata untuk menyatakan hasratmu untuk BENCINTA denganku. Aku tiba-tiba berasa GEMURUH kerana aku bukanlah seorang yang MAHAKARYA CINTA. Aku CUBA untuk tenang dan tidak seperti BATU & GOLEK, tetapi kau telah menyanyikan lagu SELAMAT MALAM untukku. Alangkah indahnya alunan MUZIKmu pada waktu itu sehingga diriku HANYUT. Semuanya KERNA KAMU. Adakah semua ini KARMA apabila akhirnya KASIH TERCIPTA antara kita? Namun, kini AKU PUNYA KAMU dan aku akan sentiasa berada disisimu SAMPAI SYURGA.....


:)

Sunday, October 10, 2010

Jamuan Penutup Aidilfitri bersama MZ :D

signature 
Heeyo! Bella kini kembali ke blogger. Rindu rasanya bila dah lama tak menulis. Ye la, skg ni baru free utk menulis selepas tamatnya peperiksaan percubaan SPM. hihi . Lepas ni mungkin akan berehat dalam 2bulan (mungkin) untuk memberi fokus 100peratus kepada SPM pulak. Wahhhhh,,takut2 .. Takpe, berbalik kepada topik. Semalam 9oktober Bella ke Jamuan penutup Aidilfitri di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya bermula jam 8.30 malam :)

hee, dah macam karnival plak kat sana



 Selain booth ais krim, ada jugak gerai2 makanan.. boleh dikatakan macam2 ada laaa.....
Gerai bukan sebarang gerai, gerai ni kita makan free.. no charge available k? BBQ kambing, laksa, rojak, sate, kue tiaw, mihun, nasi lemak, mee kari, cendol ...hehe
 



huhu, memang sesak..lepas solat,, apa lagi kan..makan jangan tak makan :)


 yummy ^^
dan tidak ketinggalan...
MAHER ZAIN !!!!
 hihi MZ juga turut diundang untuk memeriahkan jamuan Aidilfitri ni





memang tak sangka dapat jumpa beliau face-to-face..
cayalah Maher Zain !
Teruskan karier muzik anda demi agama tercinta...cheeewah!
^_^

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)