Monday, July 26, 2010

Bengkel Kemahiran Belajar Sek2 Men 2010 Fasa 2

Salam 1Malaysia wahai rakyat2 ku =) hehe
Bagaimana kehidupan?ok?bagus...chill ok :D I <3 U 


itulah, saya nmpak bersemangat & gumbira hari ni ! 
mana tak nya, dapat pergi Bengkel Kemahiran Belajar Sekolah2 Menengah 2010 Fasa ke-2 di Perpustakaan Hipermedia di Dewan MPSJ hari ini :) bersama Akmar, 'Asyirah dan Irdina(form3).... 
aktiviti dari pukul 10 pagi ~ 4 ptg. yg best jugak dpt jumpa balik kawan2 yg pernah berjumpa smasa Fasa 1 beberapa bulan yg lepas :D 
mmg sporting habis la ~ ~ kalau boleh tak nak balik..nak tido situ jer..hehehe :) 


TAPI berasa sangat2 menyesal sebab tak bawak kamera =(  hu3..hajat di hati mmg nk bawak, tapi takut ada spotcheck kat skolah lepas habis perhimpunan...haih..dah tak ada rezeki nk bergambar bersama mereka, nak buat macam mana =( no fon pun tak sempat mintak..ada yg takde FB, MS etc..erm..tu yg sedih la...tapi biar la wajah mereka saja yg akan tersimpan dlm memorabilia ni :) sentiasa...........kalau ada jodoh tak ke mana :D *eh, pebenda yg aku mengarut nih?? haha


ye lah...berterima kasih juga kepada Pn Rohani yg sudi menghabiskan minyak kereta utk kami yg cun ni menghantar kami pergi dan balik..hehe...balik je buat lawak...enjoy dgr lagu <3


Anyway nak cerita, bengkel kali ni lagi BEST dari yg Fasa 1 sebab kali ni lebih kepada aktiviti sahaja. Tak macam Fasa 1, ceramah je menjela-jela. mmg mengantuk gila. Lepas makan je semua tidur (tipu)
haha...yg special pulak, kami dari SMK USJ 23 yg bijak pandai ni SAHAJA yg pakai uniform sekolah. Kitorg tak ingat pulak kena pkai baju sukan...hehe..sekolah lain semua bersemangat dgn baju sukan diorg.
tapi menjadi perhatian ramai.. :P 


Aktiviti pertama kami main ice-breaking. sesi perkenalan, picit bahu, kepala, telinga, belakang badan kawan. mmg tak pernah dibuat orang. Yg lawaknya, kena cium dahi dan tangan kawan yg tak kenal...haha...macam les pun ada rasanya..hehe. Tapi aktiviti ni ada pengajaran disebaliknya seperti keikhlasan membuat sesuatu perkara. :) 


Aktiviti kedua, game lawan antara kumpulan. 
1) Berikan nama2 negara Eropah..ha, dapat jawab??
2) Pertandingan siapa paling gemuk, paling kurus, paling cun, paling hansome, paling tinggi, paling rendah, suara paling kuat, suara paling kuat + nyaring (buat suara ayam berkokok), yang paling berpeluh :D

.: Dapat team member yg sporting mmg best amat. yeah, kumpulan saya menang ! :D 


Aktiviti sebelum balik: menari ala2 senamrobik yang diiringi lagu Melayu, Hindustan, Thailand dan Jawa(ala2 tarian poco-poco) :D Lepas tu sesi bergambar dan balik  !! =)


<3 <3 <3 *oh,, tak dapat tengok Ostrich sebab balik ikut pintu depan =(

Thursday, July 15, 2010

saya bakal Wirawati harapan bangsa !

hoolaa..sy telah mengambil bahagian dlm Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) pada hari ini...wah,, sungguh terharu! soalannya cukup mudah untuk menjawabnya. Kalau exam sebenar, memang failed lah jawabnya..haha'' ingat kalu tak baca buku pun boleh jawab sebab fikir2 mesti soalannya basic seperti 1+1 punya. Tapi rase menyesal pun ade sebab tak baca buku..hehe..ye lah, soalan macam exam pertengahan tahun jugak. Pengiraan, periodic table (my fav topic) etc... :) tapi saya suka ! <3 Chemistry  . . . hehehe


Btw, status calon untuk ke PLKN sudah pun keluar..jadi apa lagi, kami warga2 senior lagi comel ni berpusu-pusu beratur la kat website NS tu,, pergghhh...dasyat!! jam giler...sampai tak bernafas dah aku! (takpe klu pengsan ade org boleh angkatkan..he3) ... mmg slow gler la...mna tak nya, beribu2 student nk pergi check..ish3....sepatutnya pihak yg berwajib perlulah mengadakan laman web tambahan PLKN bagi memudahkan para pelajar memeriksa status mereka...haha...mcam rumusan plak..


sudah Nabilah sayang, jgn mengarut lagi...
ok..nak tahu tak,, saya kena pergi PLKN tu!! best tu memang best sebab dapat cari kawan baru (eh,,bukan pakwe tau! gila aperr ~ ~ ), berkawad, menyanyi, melompat, berenang dalam sungai, memanjat, tembak orang, mendaki, duk dalam hutan, dapat elaun, makan makanan sedap 6kali sehari....tapi ibu dan ayah saya tak kasi..
 ibu    : risau keadaan anak kesayangannya di sana, takut kena demam, muka gelap, bermain dalam hutan, jauh dari pandangannya dan akan berasa rindu yg amat!!
ayah : risau sebab keadaan di sana terlalu sosial dan tak mahu saya terlibat dengan kes2 yang terjadi sekarang ni...huh...serius..serius...takkan saya nak buat..........??


ermm..begitu lah....bestnya dapat pergi camping tanpa halangan daripada sesiapa...tapi nak buat macam mana kan, kerajaan yang buat aktiviti tu...kena la pergi jugak..bye2 mama..bye2 papa..hehehe
eh,, sebelum tu,, fokus pada SPM dulu ok? :D 
tapi kepada yg teringin nak pergi tapi xdapat, tak apa....boleh buat permohonan ape...haha..serius..
pastu kepada yg tak teringin nk pergi dan tak dapat,, jangan nak bangga pulak ye! hehehe Xp


Ok guys...senyum sokmo !!
:D peace

Monday, July 5, 2010

Remaja Hari Ini

Remaja,
Usia belasan tahun abad ini,
Penuh dengan keseronokan, keasyikan..
Tapi kita perlu waspada, berfikir ! 
Di manakah letaknya iman kita?
Di manakah letaknya nafsu kita?
Mengapa semua ini terjadi?
Kasihanilah ibu bapa dan keluarga..
Jangan lakukan hanya untuk kepuasan diri
wahai remaja ~ ~
Jangan sentuh dia yang masih bukan milikmu,
Relakah kita pertanggungjawabkan
insan yang tidak diundang ke dunia ini?
Relakah kita dihina masyarakat?
Relakah kita dimurkai oleh Nya?
Tepuk dada, tanya iman,
Sesaat kita hindarinya,
Berlipat kali ganda 
Tuhan akan melindungi kita           

Wednesday, June 2, 2010

Cuti cuti Malaysia

Hello Hello..Hari ini hari Khamis. Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan Jun. Masa berlalu dgn pantas!! Sepantas Adrenalin :) ohho..SPM pun dah hampir dekat dan saya di sini masih dibuai mimpi indah. Oh TIDAK!! Erm..takde lah, tipu je. Masih berusaha dan terus berjuang.. Yeah! mari kita Ke Mercu Kecemerlangan :) Exam exam jugak, cuti pun perlu enjoy lar.. Stress la kalau study sepanjang masa tanpa menenangkan fikiran ni. hehe ..esok tinggal paper Kimia dgn Fizik paper 3 je. Lepas tu,, weeeeeeeeee!! Ehem, berbalik pada cuti ni, mari kita sama-sama plan untuk cuti selama 2 minggu start hari Sabtu ni kita nak buat apa selain study..hu3..belum habis exam dah fikir cuti ye. Tak mengapa, asalkan kita happy :)

(1) 8 & 9 Jun = kena pegi sekolah buat teori & assessment ICT
(2) 12 Jun = balik Teluk Intan kenduri sepupu tiri kahwin
(3) 13 Jun = enjoy di IOI Mall untuk first date, hug hug bff & coklat !

(4) 17 Jun = keluar dgn lelaki Melayu terakhir, Nasrul Fareed xD
(5) 19 Jun = cuci mata di Dewan MBSA Shah Alam sebab sepupu betul kahwin di sana

Erm, itu saje kot yang baru plan sekarang ni sebab parents ku sibuk :-(
Semoga apa yang diharapkan berjalan dengan lancar & tiada halangan. tu yg penting :D

Thursday, May 27, 2010

Jadikan ia sebagai pengajaran

Hari ini rasa ada sedikit ketenangan dalam hati saya. Bukan semalam dan hari-hari yang lepas tak tenang, tapi selepas tamatnya peperiksaan Fizik hari ni saya rasa sesuatu yang telah saya rasa tak nak ulangi perkara yang sama. Berubah ke saya?? Mungkin.. Ye lah, apa yang telah terjadi kat saya sebelum ni telah saya ambil ia secara positif. Biarlah apa yang orang nak kata, saya tak kisah asalkan saya bahagia... Saya tahu apa yang orang memperkatakan tentang saya, tapi biarlah nak kutuk ke, biar antara dia dengan Tuhan. Saya tak nak jadi pendendam ke, apa ke, semua orang membuat kesilapan. Teruja saya apabila ada insan lain yang ingin berubah, saya sudah pun memaafkan insan tersebut dan berharap perubahan tersebut sebagai lembaran baru dalam hidup dia. Tak perlu untuk simpan dan marah terus menerus tapi sebaliknya memberi peluang kedua untuknya. Walaupun perkara yang telah dia telah lakukan terhadap saya tidak seteruk apa yang dia lakukan kepada orang lain, sehingga melibatkan rakan sendiri, saya memahami situasi tersebut dan berharap dia tidak mengulangi perkara yang telah mencemarkan nama dia dan memberi komitmen seratus peratus dalam tugasan yang diberi. Saya juga berdoa agar perkara yang ingin dihajati itu akan termakbul demi kebaikan dirinya. Tak sabar pula nak tengok perubahannya. Insya Allah minggu depan. Bagus juga ada orang menyedarkan dia. Harap dia ikhlas apa yang dia ingin hajatkan. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Bukan saya nak kata saya ni baik, tapi apa yang berlaku padanya memang saya kasihan. Itulah, nama pun manusia kan..Saya cuma boleh jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran dalam hidup.

Tuesday, May 25, 2010

Dealova :)




Dikau menerangi kelamku,
Kau umpama bintang,
Jatuhnya aku di sini,
Saat ku pilu dan hiba,
Bintang jua menemaniku,
Luahan kata-kata saktimu,
Kau membawaku terbang,
Terbang ke cakerawala,
Bagaikan Superman dan Lois Lane...

Kau yang ku teringatkan,
Ku bermimpikan suaramu,
Menjejaki hidupmu dalam lagu,
Melodi indah gitar klasikmu,
Terpesona di kalbu,
Kau selalu ada,
Dealova milik kita...  ^_-

Friday, May 14, 2010

Lets dance together :D



Cinta adalah suci
Lahir dari jiwa
Menikam sanubari
Hati dalam lara

Cinta mistik abadi
Kekal selamanya
Musim berganti tapi
Wajah tak kan lupa

Mimpi berlari
Kemuncak destinasi murni

Korus:
Asmaradana, Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana, Asmaradana

Cinta suci tak kenal
Harta atau rupa
Mereka jatuh dari
Raja hingga hamba

Biar api membara
Jadi penghalangnya
Ia tetap kagumi
Keagungan cinta
Bersama berdua
Kemuncak syurga di dunia

Asmaradana, Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana, Asmaradana 
My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)