Monday, August 30, 2010

Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan keramat Bapa Kemerdekaan serta Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
"Merdeka"
dari segi bahasa membawa maksud bebas. Namun, dari segi istilah pula bermaksud bebas daripada segala penjajahan dan anasir-anasir jahat.

Marilah kita sama-sama sebagai rakyat 1Malaysia dan generasi pasca merdeka bersyukur dan berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanan para pemimpin dan perajurit kita yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air yang tercinta ini daripada penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Tanpa mereka, kita mungkin masih hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak aman dan tidak mungkin seperti yang kita kecapi pada hari ini. Segalanya berubah dari hari ke hari, tahun ke tahun. Kemudahan, teknologi, dan pendidikan semakin bercambah dan maju dek negara yang semakin membangun. Kini semakin ramai yang menjadi pelapis-pelapis negara untuk meneruskan serta mengekalkan kemerdekaan ini daripada dijajah semula. Saya juga mengingatkan diri saya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas segala yang berlaku dan jadikan ia sebagai satu semangat untuk mengekalkannya. Sebagai remaja juga perlu bebas pemikiran daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif seperti gejala sosial yang kini semakin menular dalam negara kita. Oleh itu, kemerdekaan ini haruslah dikekalkan dan penuhinya dengan perkara-perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada negara Malaysia khususnya selaras dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan 2010 kali yang ke-531Malaysia Menjana Transformasi .



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-53 ! 
MERDEKA! 




p/s: Hari ini saya baru memenangi Pertandingan Esei Patriotik tempat pertama bagi tingkatan 5 di sekolah :)

No comments:

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)