Monday, August 30, 2010

Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Itulah laungan keramat Bapa Kemerdekaan serta Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.
"Merdeka"
dari segi bahasa membawa maksud bebas. Namun, dari segi istilah pula bermaksud bebas daripada segala penjajahan dan anasir-anasir jahat.

Marilah kita sama-sama sebagai rakyat 1Malaysia dan generasi pasca merdeka bersyukur dan berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanan para pemimpin dan perajurit kita yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air yang tercinta ini daripada penjajah Portugis, Belanda, Jepun dan British. Tanpa mereka, kita mungkin masih hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak aman dan tidak mungkin seperti yang kita kecapi pada hari ini. Segalanya berubah dari hari ke hari, tahun ke tahun. Kemudahan, teknologi, dan pendidikan semakin bercambah dan maju dek negara yang semakin membangun. Kini semakin ramai yang menjadi pelapis-pelapis negara untuk meneruskan serta mengekalkan kemerdekaan ini daripada dijajah semula. Saya juga mengingatkan diri saya, marilah kita sama-sama mengambil iktibar atas segala yang berlaku dan jadikan ia sebagai satu semangat untuk mengekalkannya. Sebagai remaja juga perlu bebas pemikiran daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif seperti gejala sosial yang kini semakin menular dalam negara kita. Oleh itu, kemerdekaan ini haruslah dikekalkan dan penuhinya dengan perkara-perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah kepada negara Malaysia khususnya selaras dengan tema Sambutan Hari Kemerdekaan 2010 kali yang ke-531Malaysia Menjana Transformasi .



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke-53 ! 
MERDEKA! 




p/s: Hari ini saya baru memenangi Pertandingan Esei Patriotik tempat pertama bagi tingkatan 5 di sekolah :)

Wednesday, August 25, 2010

Seni itu Unik

 SENI . . 
Ya, seni itu sangat indah, unik dan halus. Tidak dinafikan setiap insan yang dilahirkan sememangnya cinta dan suka akan seni. Seni yang merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Seni juga merupakan luahan kreativiti manusia yang dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Masing-masing mempunyai citarasa dan pendapat tersendiri dalam menilai sesuatu seni. Apatah lagi bila kita terlibat dalam arena seni dan merasai sendiri keunikan seni daripada hasil kerja dan pemerhatian kita sendiri. 


Pelbagai bidang kesenian yang kita pernah/memang lakukan dalam kehidupan seharian :


:: seni nyanyian 


- seni vokal, menyanyikan lagu2 yg bergenre rock, nasyid, R&B dan sebagainya. Termasuk juga menyanyikan lagu2 yang romantis nyanyian Faizal Tahir.








:: seni tarian
 - tarian hip hop, ballet, break dance serta tarian tradisional Melayu, India dan Cina.







:: seni muzik


- muzik rock, balada, rap, hip hop, nasyid dan sebagainya dengan memerlukan bantuan alat muzik seperti gitar, rebana, drum, sitar, saksofon, rekoder, piano, keyboard dan seruling.








:: seni lakonan




- drama, sketsa dan filem.














:: seni lukis


- potret, kartun, anime, pemandangan indah, abstrak dan 3D dengan menggunakan medium seperti komputer, cat air, cat minyak, krayon, berus, pensel, kertas dan kanvas.














:: seni masakan (kulinari)


- masakan ala Barat, ala Timur, ala Tenggara, masakan Indonesia sepeti Bakso dan Soto Ayam, masakan makan Melayu, Cina, India serta etnik di Sabah dan Sarawak.




:: seni ukiran


- ukiran kayu, ais, besi, logam, aluminium dan seumpamanya.








:: seni penulisan


- cerpen, lirik, novel, karangan SPM
















:: seni puisi


- sajak, lagu, pantun nasihat, pantun teka-teki, gurindam, syair. 










:: seni origami


- lipatan kertas untuk menghasilkan sesuatu bentuk sepeti kura-kura, gajah, angsa, piano dan sebagainya.









:: seni mempertahankan diri


- Tae kwan do, karate, kung fu, silat, wushu, judo, tomoi, silambam dan aikido.











:: seni bonsai






-seni reka taman dan seni membentuk pokok hiasan. 


ha, ada lagi contoh seni lain yang tertinggal?






huh,, sememangnya bermacam-macam jenis seni yang kita ada. Mungkin salah satu atau kebanyakan seni ini anda ada melakukannya sebagai hobi pada masa senggang anda. Menarik bukan? Inilah cara mengimplementasikan masa yang ada untuk mengasah bakat anda dalam bidang kesenian ini. Dalam masa yang sama dapat meningkatkan kreativiti dan pemikiran anda dalam menilai sesuatu hasil seni. Tak kenal maka tak cinta, itulah realitinya ^_^



My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)