Thursday, July 29, 2010

Program Hari Informasi Kerjaya


wahhh..hari ni keadaan saya yg muka merah giler bagaikan tomato ni gara-gara drpd bahang yg sgt panas semalam..ye lah, semalam Temasya Sukan Tahunan 2010 SMK USJ 23 =) panas + pedih ouh...sunburn!! sunburn!! argh! muka saya sudah gelap =(
walaupun muka merah, tak pe,, I tak kesah sgt sebab semalam dah betul2 bersemangat support rumah Merah tau..hehe..

anyway, hari ni (Khamis 29July) kelas saya, 5Sains2 bersama kelas 5Sains1 melancong ke Dewan MPSJ Puchong Indah untuk menjayakan Program Hari Informasi Kerjaya dan Pelancaran Blog . Kami bertolak dari sekolah pukul 8.30pg dgn menaiki kuda..eh, tak..naik bas sekolah la...dan kembali ke sekolah pada pukul  12 tgh hari. Perasaan, agak best dan bertambah segan sebab masing2 bertanya, "ehhhhhh,,,,kenapa muka awak merah?????"...haih..
oh ye,, kami ke sana bersama Pn. Chua selaku Kaunselor sekolah :) Pn Banon dan Pn Rohani pun ade =)

Di sana, bukan sekolah kami jer, tapi ada jugak sekolah2 yg lain..SMK Seafield pun ada..yg pasti, bukan ceramah tapi pameran tentang IPTS & kolej2 yg terdapat di Malaysia. Nak sambung belajar kat oversea pun boleh melalui kolej Malaysia la jugak..saya hanya mendapatkan brosur dan template seberapa banyak yg boleh drpd Kolej2 swasta,, mana tau akan datang berminat nak further study kt kolej tu :)


Monday, July 26, 2010

Bengkel Kemahiran Belajar Sek2 Men 2010 Fasa 2

Salam 1Malaysia wahai rakyat2 ku =) hehe
Bagaimana kehidupan?ok?bagus...chill ok :D I <3 U 


itulah, saya nmpak bersemangat & gumbira hari ni ! 
mana tak nya, dapat pergi Bengkel Kemahiran Belajar Sekolah2 Menengah 2010 Fasa ke-2 di Perpustakaan Hipermedia di Dewan MPSJ hari ini :) bersama Akmar, 'Asyirah dan Irdina(form3).... 
aktiviti dari pukul 10 pagi ~ 4 ptg. yg best jugak dpt jumpa balik kawan2 yg pernah berjumpa smasa Fasa 1 beberapa bulan yg lepas :D 
mmg sporting habis la ~ ~ kalau boleh tak nak balik..nak tido situ jer..hehehe :) 


TAPI berasa sangat2 menyesal sebab tak bawak kamera =(  hu3..hajat di hati mmg nk bawak, tapi takut ada spotcheck kat skolah lepas habis perhimpunan...haih..dah tak ada rezeki nk bergambar bersama mereka, nak buat macam mana =( no fon pun tak sempat mintak..ada yg takde FB, MS etc..erm..tu yg sedih la...tapi biar la wajah mereka saja yg akan tersimpan dlm memorabilia ni :) sentiasa...........kalau ada jodoh tak ke mana :D *eh, pebenda yg aku mengarut nih?? haha


ye lah...berterima kasih juga kepada Pn Rohani yg sudi menghabiskan minyak kereta utk kami yg cun ni menghantar kami pergi dan balik..hehe...balik je buat lawak...enjoy dgr lagu <3


Anyway nak cerita, bengkel kali ni lagi BEST dari yg Fasa 1 sebab kali ni lebih kepada aktiviti sahaja. Tak macam Fasa 1, ceramah je menjela-jela. mmg mengantuk gila. Lepas makan je semua tidur (tipu)
haha...yg special pulak, kami dari SMK USJ 23 yg bijak pandai ni SAHAJA yg pakai uniform sekolah. Kitorg tak ingat pulak kena pkai baju sukan...hehe..sekolah lain semua bersemangat dgn baju sukan diorg.
tapi menjadi perhatian ramai.. :P 


Aktiviti pertama kami main ice-breaking. sesi perkenalan, picit bahu, kepala, telinga, belakang badan kawan. mmg tak pernah dibuat orang. Yg lawaknya, kena cium dahi dan tangan kawan yg tak kenal...haha...macam les pun ada rasanya..hehe. Tapi aktiviti ni ada pengajaran disebaliknya seperti keikhlasan membuat sesuatu perkara. :) 


Aktiviti kedua, game lawan antara kumpulan. 
1) Berikan nama2 negara Eropah..ha, dapat jawab??
2) Pertandingan siapa paling gemuk, paling kurus, paling cun, paling hansome, paling tinggi, paling rendah, suara paling kuat, suara paling kuat + nyaring (buat suara ayam berkokok), yang paling berpeluh :D

.: Dapat team member yg sporting mmg best amat. yeah, kumpulan saya menang ! :D 


Aktiviti sebelum balik: menari ala2 senamrobik yang diiringi lagu Melayu, Hindustan, Thailand dan Jawa(ala2 tarian poco-poco) :D Lepas tu sesi bergambar dan balik  !! =)


<3 <3 <3 *oh,, tak dapat tengok Ostrich sebab balik ikut pintu depan =(

Thursday, July 15, 2010

saya bakal Wirawati harapan bangsa !

hoolaa..sy telah mengambil bahagian dlm Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia (K3M) pada hari ini...wah,, sungguh terharu! soalannya cukup mudah untuk menjawabnya. Kalau exam sebenar, memang failed lah jawabnya..haha'' ingat kalu tak baca buku pun boleh jawab sebab fikir2 mesti soalannya basic seperti 1+1 punya. Tapi rase menyesal pun ade sebab tak baca buku..hehe..ye lah, soalan macam exam pertengahan tahun jugak. Pengiraan, periodic table (my fav topic) etc... :) tapi saya suka ! <3 Chemistry  . . . hehehe


Btw, status calon untuk ke PLKN sudah pun keluar..jadi apa lagi, kami warga2 senior lagi comel ni berpusu-pusu beratur la kat website NS tu,, pergghhh...dasyat!! jam giler...sampai tak bernafas dah aku! (takpe klu pengsan ade org boleh angkatkan..he3) ... mmg slow gler la...mna tak nya, beribu2 student nk pergi check..ish3....sepatutnya pihak yg berwajib perlulah mengadakan laman web tambahan PLKN bagi memudahkan para pelajar memeriksa status mereka...haha...mcam rumusan plak..


sudah Nabilah sayang, jgn mengarut lagi...
ok..nak tahu tak,, saya kena pergi PLKN tu!! best tu memang best sebab dapat cari kawan baru (eh,,bukan pakwe tau! gila aperr ~ ~ ), berkawad, menyanyi, melompat, berenang dalam sungai, memanjat, tembak orang, mendaki, duk dalam hutan, dapat elaun, makan makanan sedap 6kali sehari....tapi ibu dan ayah saya tak kasi..
 ibu    : risau keadaan anak kesayangannya di sana, takut kena demam, muka gelap, bermain dalam hutan, jauh dari pandangannya dan akan berasa rindu yg amat!!
ayah : risau sebab keadaan di sana terlalu sosial dan tak mahu saya terlibat dengan kes2 yang terjadi sekarang ni...huh...serius..serius...takkan saya nak buat..........??


ermm..begitu lah....bestnya dapat pergi camping tanpa halangan daripada sesiapa...tapi nak buat macam mana kan, kerajaan yang buat aktiviti tu...kena la pergi jugak..bye2 mama..bye2 papa..hehehe
eh,, sebelum tu,, fokus pada SPM dulu ok? :D 
tapi kepada yg teringin nak pergi tapi xdapat, tak apa....boleh buat permohonan ape...haha..serius..
pastu kepada yg tak teringin nk pergi dan tak dapat,, jangan nak bangga pulak ye! hehehe Xp


Ok guys...senyum sokmo !!
:D peace

Monday, July 5, 2010

Remaja Hari Ini

Remaja,
Usia belasan tahun abad ini,
Penuh dengan keseronokan, keasyikan..
Tapi kita perlu waspada, berfikir ! 
Di manakah letaknya iman kita?
Di manakah letaknya nafsu kita?
Mengapa semua ini terjadi?
Kasihanilah ibu bapa dan keluarga..
Jangan lakukan hanya untuk kepuasan diri
wahai remaja ~ ~
Jangan sentuh dia yang masih bukan milikmu,
Relakah kita pertanggungjawabkan
insan yang tidak diundang ke dunia ini?
Relakah kita dihina masyarakat?
Relakah kita dimurkai oleh Nya?
Tepuk dada, tanya iman,
Sesaat kita hindarinya,
Berlipat kali ganda 
Tuhan akan melindungi kita           

My photo
Puchong, Selangor, Malaysia
Hamba Allah. Currently studying at UiTM Perlis, Malaysia. Alhamdulillah, 2nd year Banking student. I'm Malaysian. Thanks for viewing here! :)